awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terus salur peruntukan, fokus pasaran baharu - Tengku Zafrul

Faida Rahim
Faida Rahim
06/05/2025
03:10 MYT
Kerajaan terus salur peruntukan, fokus pasaran baharu - Tengku Zafrul
Malaysia akan terus memberi fokus kepada pasaran-pasaran baharu serta pasaran bukan tradisional dalam usaha memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara terus kukuh, kata Tengku Zafrul.
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memberi fokus kepada pasaran-pasaran baharu serta pasaran bukan tradisional dalam usaha memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara terus kukuh.
Dalam masa sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan kepada syarikat syarikat tempatan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meneroka pasaran baharu.
“Peruntukan ini memberi peluang kepada syarikat-syarikat tersebut untuk masuk ke pasaran baharu termasuk Rusia, benua Afrika, Timur Tengah dan baru-baru ini Amerika Selatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi pengumuman Kad Laporan Prestasi MITI Suku Pertama 2025, di sini, pada Selasa.
Tengku Zafrul juga memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia dalam masa terdekat dalam usaha membuka ruang perdagangan baharu termasuk meningkat kegiatan dengan rakan dagang sedia ada.
“Pada masa sama, beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan atau syarikat-syarikat yang berdagang dengan Malaysia termasuk juga syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia dan pelabur-pelabur Malaysia ke Rusia,” katanya.
Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu.
Langkah tersebut merupakan satu daripada strategi Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana, berikutan tarif timbal balik mengejut yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia.
Ketika membentangkan kad laporan prestasi MITI suku pertama 2025, Tengku Zafrul memberitahu, Malaysia akan meneroka lebih mendalam kolaborasi bersama BRICS, blok ekonomi Amerika Selatan (MERCUSOR) serta kepelbagaian pasaran.
Kad laporan suku pertama 2025 turut melaporkan Malaysia akan terus menambah baik usaha perdagangan intra-ASEAN serta mempercepatkan Perjanjian Barangan ASEAN (ATIGA) dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Topic Berkaitan
#pasaran baharu
#MITI
#peruntukan
#PKS
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan