KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) pada Sabtu mengulangi dan mengingatkan orang ramai dan perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), bahawa pelbagai langkah bagi membantu rakyat membina semula kehidupan pascapandemik tersedia untuk dimanfaatkan.
MOF menjelaskan kerajaan akan terus memantau keadaan dan pihaknya sentiasa bersedia untuk menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi membantu rakyat serta perniagaan untuk pulih secepat mungkin.
Menurut MOF, antara langkah yang telah diumumkan ialah melanjutkan tempoh permohonan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dari 31 Jan, 2022 kepada 31 Mac, 2022 bagi golongan B50 yang masih memerlukan bantuan dan sokongan bayaran balik pinjaman bank masing-masing.
"Pelanggan B50 yang layak termasuk pelanggan individu yang, antara lainnya, berpendapatan isi rumah kasar sebanyak atau kurang daripada RM5,880; hilang pekerjaan; atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50 peratus," menurut MOF dalam kenyataan pada Sabtu.
Ia menambah, antara manfaat URUS ialah pengecualian faedah atau keuntungan pembiayaan selama tiga bulan dan/atau penangguhan bayaran atau ansuran pinjaman selaras dengan kemampuan peminjam, dan sokongan dari segi strategi memperkasakan pengurusan kewangan peminjam.
Mereka yang layak dan ingin memohon URUS boleh berbuat demikian melalui pelbagai saluran perbankan bank masing-masing.
Layari https://www.akpk.org.my/sites/default/files/URUS%20Kenyataan%20Media_Bersama_25012022.pdf atau menerusi https://www.abm.org.my/media-room/press-releases/item/1811-applications-forurus-now-extended untuk mendapatkan maklumat lanjut.
MOF memaklumkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) juga menawarkan perkhidmatan percuma termasuk Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) merangkumi bantuan penstrukturan atau penjadualan semula pembiayaan sedia ada, termasuk pembiayaan dengan lebih daripada satu bank untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro yang menghadapi masalah pembiayaan perniagaan dengan institusi kewangan.
Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.akpk.org.my/my/sppk
Menurut MOF, selain itu, bagi membantu PKS membina semula perniagaan pascapandemik, pelbagai inisiatif di bawah Bajet 2022 telah bermula.
"Bagi membantu PKS pulih dan berkembang di samping menguruskan tahap keberhutangan mereka, dana sebanyak RM1 bilion disediakan bagi kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF).
"Ini merupakan penyelesaian inovatif bagi menyokong keperluan modal yang digandingkan dengan terbitan saham atau sebarang instrumen mirip ekuiti bagi mengurus keberhutangan peminjam," jelas MOF.
Ia menambah, PKS daripada semua sektor ekonomi layak memohon pembiayaan sehingga RM5 juta bagi perbelanjaan modal atau modal kerja, dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
Mereka yang berminat boleh memohon terus daripada mana-mana bank yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jelasnya.
Maklumat lanjut boleh didapati di pautan https://www.bnm.gov.my/-/new-bnm-funds-sme-brf-lctf-bm
Menurut MOF, PKS juga boleh memohon dana Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) dengan sebanyak RM2 bilion disediakan, iaitu RM1 bilion dari BNM, dengan dana padanan berjumlah keseluruhan RM1 bilion dari institusi kewangan.
Dana ini bertujuan menggalakkan PKS menerapkan amalan kelestarian untuk membina daya tahan perniagaan, dan membantu Malaysia mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, tambahnya.
"Permohonan boleh dibuat bagi aktiviti-aktiviti seperti memohon pensijilan kelestarian; meningkatkan penggunaan bahan lestari dalam pengeluaran; menambah baik kecekapan tenaga bangunan dan peralatan; dan memasang peralatan jana kuasa tenaga boleh baharu," menurut MOF.
Kementerian itu menjelaskan, PKS daripada semua sektor boleh memohon sehingga RM10 juta dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun dan bagi yang berminat boleh memohon terus daripada mana-mana bank yang dikawal selia oleh BNM, tambahnya.
Layari https://www.bnm.gov.my/-/new-bnm-funds-sme-brf-lctf-bm untuk mendapatkan maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022
MOF menjelaskan kerajaan akan terus memantau keadaan dan pihaknya sentiasa bersedia untuk menyediakan peruntukan yang secukupnya. - Gambar fail/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan
Sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan adalah minimum dari segi KDNK.
PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.
Harga petrol, diesel kekal dari 31 Ogos hingga 6 September
RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)
Firma AS minat teroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia
Steven Sim berkata AMCHAM menekankan kepentingan kesinambungan kawal selia untuk membantu memudahkan menjalankan perniagaan.
Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF
Beri peluang kepada orang ramai secara sukarela bayar cukai yang bertanggungan tanpa penalti atau pada kadar sifar peratus.
MOF serah kepada Bank Negara cari remedi kukuhkan ringgit
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut.
Muhyiddin dakwa tetap akan diheret ke mahkamah atas arahan pihak tertinggi pentadbiran negara
Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau
Cukuplah mercu tanda sedia ada, saya tak berhajat buat satu lagi - Anwar
Tumpuan sebaliknya diberikan kepada aspek kemampanan pembangunan sesebuah bandar terutama di ibu kota Kuala Lumpur.
Kebakaran di Kementerian Kewangan: Tiada kecederaan, kerugian - MoF
Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku kebakaran melibatkan bilik sampah di kompleks kementerian itu di sini pada Selasa.