awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tingkat promosi produk getah, bantu tangani isu harga lantai

Bernama
Bernama
27/03/2023
08:33 MYT
Kerajaan tingkat promosi produk getah, bantu tangani isu harga lantai
Datuk Siti Aminah Aching berkata produk-produk tersebut dipromosikan melalui aktiviti promosi di luar negara seperti pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan padanan perniagaan, seminar pendidikan serta pengiklanan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) sentiasa aktif dalam merangka dan melaksanakan aktiviti promosi bagi meningkatkan eksport produk getah bernilai tinggi seperti sarung tangan getah, tayar dan tilam lateks.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching berkata produk-produk tersebut dipromosikan melalui aktiviti promosi di luar negara seperti pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan padanan perniagaan, seminar pendidikan serta pengiklanan.
"Aktiviti promosi ini bukan sahaja merangkumi pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan Eropah, malah meliputi negara berpopulasi tinggi dan berpotensi besar seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Mexico, Brazil, Rusia, Afrika Selatan, Colombia, Poland, Filipina, Pakistan dan Turkiye," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai langkah yang diambil kementerian dalam mengurus isu harga lantai getah yang membebankan pekebun getah pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Siti Aminah berkata inisiatif dan promosi yang dilaksanakan itu telah meningkatkan permintaan getah asli tempatan dan mendorong peningkatan harga lantai getah.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim mengenai usaha kerajaan bagi meningkatkan penglibatan anak muda dalam industri getah, Siti Aminah berkata KPK telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan ilmu golongan belia dalam pengurusan ladang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Kementerian Perladangan dan Komoditi
#Majlis Getah Malaysia
#Aminah Aching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan