awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama BSN dan KPM terap budaya perbankan dalam kalangan pendidik

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2020
04:17 MYT
Kerjasama BSN dan KPM terap budaya perbankan dalam kalangan pendidik
Anugerah berprestij tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya pada Sabtu. -Gambar Ihsan Bank Simpanan Nasional
Kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilihat sebagai satu usaha yang bertepatan dengan penerapan budaya menyimpan dalam kalangan pendidik.
Menurut Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani, usaha itu dizahirkan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2020 bagi menghargai pengorbanan mereka yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.
“Penyampaian kedua-dua anugerah ini bertujuan untuk menghargai jasa, sokongan serta kesetiaan Puan Nor Hainei dan Haji Aminuddin yang telah banyak menyumbangkan keringat dan tenaga mereka dalam membentuk generasi akan datang,” kata beliau.
Tambahnya lagi, pencapaian cemerlang penerima anugerah dalam pelbagai bidang telah melayakan Nor Hainei Abu Bakar dan Haji Aminuddin Adam untuk membawa pulang anugerah berprestij tersebut.
Jelas beliau, kedua-dua penerima tersebut dianugerahkan dengan Sijil Simpanan Premium BSN berjumlah RM50,000 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Di Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada Sabtu.
Selain anugerah tersebut, BSN sebelum ini turut menjalankan Kempen Kad Kredit BSN Teachers Mastercard yang berlangsung selama enam bulan bermula sejak 1 September 2019 sehingga 29 Februari 2020.
Ia bertujuan untuk menghargai sokongan serta kesetiaan semua ahli yang berdaftar dengan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Topic Berkaitan
#Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
#Astro Awani
#Bank Simpanan Nasional
#Datuk Yunos Abd Ghani
#Ketua Eksekutif BSN
#Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan