awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian bersih Pos Malaysia meningkat kepada RM43.9 juta pada suku ketiga

Bernama
Bernama
17/11/2021
00:00 MYT
Kerugian bersih Pos Malaysia meningkat kepada RM43.9 juta pada suku ketiga
Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd meningkat kepada RM43.9 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2021 daripada RM7.43 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd meningkat kepada RM43.9 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2021 daripada RM7.43 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, kumpulan itu berkata perolehan turut merosot kepada RM536.26 juta daripada RM623.03 juta sebelum ini terutamanya disebabkan oleh mel domestik dan antarabangsa yang perlahan.
Bagi tempoh sembilan bulan secara kumulatif berakhir 30 Sept, 2021, Pos Malaysia menyaksikan kerugian bersihnya terus meningkat kepada RM212.52 juta daripada RM75.67 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas manakala perolehan susut kepada RM1.67 bilion berbanding RM1.79 bilion sebelum ini.
Dalam maklumannya kepada bursa tempatan hari ini, Pos Malaysia berkata kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM206 juta bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept, 2021 berbanding RM71.8 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.
"Ini terutamanya berikutan perolehan yang rendah sebanyak RM122.2 juta dan kemerosotan nilai hartanah, kilang dan peralatan sebanyak RM46.7 juta," katanya.
Mengulas mengenai prestasi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer berkata syarikat menyaksikan bahawa tanda-tanda pelan pemulihannya mula menunjukkan hasil walaupun menghadapi cabaran COVID-19 yang berterusan.
"Kami meningkatkan usaha kami untuk memulihkan perniagaan, menangani jurang perkhidmatan 'asas' dan mentransformasikan perniagaan kami untuk menempatkan Pos Malaysia sebagai penyedia pilihan bagi pembungkusan e-dagang selain menguruskan perbelanjaan, aliran tunai dan kecairan dengan teliti.
"Dalam melangkah ke hadapan, apabila Malaysia mula dibuka semula dan persekitaran dalam talian terus berkembang, kami akan berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa berhubung, membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro untuk bangkit semula dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pos malaysia
#Charles Brewer
#kerugian bersih
#kemerosotan nilai hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan