awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesan kejatuhan ringgit terhadap ekonomi boleh diurus

Norzainah Zainal Abidin
Norzainah Zainal Abidin
12/08/2015
01:41 MYT
Kesan kejatuhan ringgit terhadap ekonomi boleh diurus
Penyusutan ringgit masih belum memasuki tahap kejatuhan di luar kawal dan kesannya terhadap ekonomi dijangka boleh diurus. -Gambar hiasan
Penyusutan ringgit masih belum memasuki tahap kejatuhan di luar kawal dan kesannya terhadap ekonomi dijangka boleh diurus.
Menurut RHB Research, walaupun penyusutan ringgit ketara sebanyak 19.7 peratus bagi tempoh 12 bulan, rizab pertukaran asing negara masih memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh setakat akhir Julai 2015.
Menurut firma penyelidikan itu lagi, paras berkenaan masih dianggap tinggi oleh piawaian antarabangsa iaitu tiga hingga empat bulan import tertangguh.
Ini berbanding 2.6 hingga 4.3 bulan yang dicatatkan semasa krisis tahun 1997 hingga 1998.
Daripada aspek hutang dalam ekonomi, firma itu menyatakan hutang korporat kekal stabil, namun hutang isi rumah dan kerajaan telah meningkat.
Menurutnya, walaupun pinjaman isi rumah adalah tinggi, ia tidak berkemungkinan berubah kepada krisis perbankan, kecuali jika terdapat pemberhentian pekerja secara besar-besaran dalam ekonomi.
Tambahnya, Malaysia juga telah mencapai kemajuan ketara dalam pengembangan pasaran bon korporat mata wang tempatan.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#hutang korporat
#penyusutan ringgit
#RHB Research
#rizab pertukaran asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan