Skip to main content

Dunia

Iran tegas tidak tunduk tekanan luar dalam rundingan dengan AS

SINAR HARIAN/Agensi
Rezaei (foto) menyifatkan kenyataan pentadbiran Washington sebelum ini sebagai sandiwara, selain mendakwa faktor masa kini lebih memihak kepada Iran. -Gambar fail

TEHRAN: Iran menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan atau ancaman luar dalam usaha diplomatik antarabangsa melibatkan negara itu.

Jurucakap Jawatankuasa Dasar Luar dan Keselamatan Negara Parlimen Iran, Ebrahim Rezaei berkata demikian sebagai maklum balas terhadap rundingan yang sedang berlangsung dengan Amerika Syarikat (AS).

“Dalam perang ketenteraan, taktik kami adalah hutang darah dibayar darah; manakala dalam perang diplomatik, ia adalah tindakan balas terhadap tindakan,” katanya dalam hantaran di platform X hari ini.

 

 

Rezaei turut menyifatkan kenyataan pentadbiran Washington sebelum ini sebagai sandiwara, selain mendakwa faktor masa kini lebih memihak kepada Iran.

Beliau berkata sekiranya AS benar-benar mahu mencapai penyelesaian, rundingan perlu dilakukan secara jujur.

Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh membawa risiko kenaikan harga petrol di AS sehingga AS$6 segelen (kira-kira RM24) sekiranya tekanan berterusan dikenakan.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Setiausaha Negara AS Marco Rubio memaklumkan semasa lawatan rasmi ke India bahawa cadangan perjanjian “kukuh” telah dikemukakan.

Menurut Rubio, cadangan tersebut melibatkan jaminan kelancaran laluan strategik Selat Hormuz serta usaha memulakan semula rundingan nuklear.

Must Watch Video

Advertisement