awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketidaktentuan dasar perdagangan AS dorong Ringgit meningkat kepada 4.39

Bernama
Bernama
21/04/2025
01:40 MYT
Ketidaktentuan dasar perdagangan AS dorong Ringgit meningkat kepada 4.39
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, mencecah paras 4.39 berikutan ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, mencecah paras 4.39 berikutan ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi mata wang AS itu dalam rundingan berterusan dengan Jepun dan Kesatuan Eropah.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.3955/4195 berbanding dolar AS daripada 4.4100/4175 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan dilihat menyebabkan dolar AS rendah, yang biasanya menjadi aset selamat dalam tempoh tidak menentu.
"Situasi ini telah membawa kepada nilai mata wang pasaran sedang pesat membangun meningkat, termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, Indeks Dolar AS (DXY) terus mencatatkan penurunan, berada pada 98.827 dalam ketidaktentuan berterusan mengenai tarif AS.
"Selain itu, kenyataan Presiden Trump mengenai rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS dan bagaimana ini boleh menjejaskan tempoh perkhidmatan Pengerusi Fed, turut menyumbang kepada ketidaktentuan dasar.
"Susulan penurunan DXY, dolar-ringgit dijangka mencatatkan trend meningkat berbanding dolar AS hari ini," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1066/1240 daripada 3.0971/1028 pada Jumaat lepas, merosot berbanding pound kepada 5.8539/8859 daripada 5.8516/8616 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0342/0617 daripada 5.0133/0218.
Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 260.4/262.0 daripada 261.2/261.8 sebelum ini dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.79 daripada 7.77/7.79.
Bagaimanapun, ia merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1989/05 daripada 13.1815/2154 pada Jumaat lepas dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3625/3817 daripada 3.3562/3601 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dasar perdagangan AS
#Indeks Dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan