KUALA LUMPUR: YTL Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM414.61 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2022 daripada RM22.43 juta bagi tempoh sama setahun lepas, disumbangkan oleh keuntungan sekali daripada penjualan pelaburannya dalam ElectraNet Pty Ltd.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, YTL berkata pelupusan ElectraNet telah membantu perkhidmatan pengurusan dan perniagaan lain kembali mencatat keuntungan dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM794.36 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2022 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM67.18 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya.
Secara keseluruhannya, perolehan hasil firma konglomerat infrastruktur itu melonjak kepada RM6.17 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2022 daripada RM4.22 bilion sebelum ini.
Perniagaan pembinaan YTL merekodkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM8.01 juta dengan hasil sebanyak RM228.54 juta berikutan penyusutan kerja-kerja pembinaan selain peningkatan kos pembinaan bagi tempoh di bawah kajian itu.
Segmen utiliti pula mencatat keuntungan sebelum cukai lebih rendah kepada RM134.05 juta daripada RM185.64 juta.
Menurut YTL, perniagaan pedagang pelbagai utiliti merekodkan hasil lebih tinggi, didorong terutamanya oleh kenaikan harga bahan api manakala keuntungan sebelum cukai pula dianggarkan menghampiri tempoh sama pada tahun sebelumnya.
"Perolehan hasil bahagian perniagaan telekomunikasi meningkat dan penurunan kerugian sebelum cukai itu disebabkan oleh pertumbuhan dalam jumlah langganan akibat tawaran pelbagai pelan data yang berpatutan susulan jalinan kerjasama dan perkongsian," katanya.
Bagi tempoh terkumpul sembilan bulan berakhir 31 Mac, 2022, YTL menyaksikan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM521.87 juta daripada RM39.82 juta manakala hasilnya menokok kepada RM18.09 bilion daripada RM12.99 bilion sebelum ini.
Bagi kemajuan masa depan, YTL berkata biarpun dalam prospek yang mencabar, kumpulan tersebut menjangkakan prestasi segmen perniagaannya kekal berdaya tahan.
"Kumpulan ini akan terus memantau rapat risiko berkaitan serta impak ke atas semua segmen perniagaannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Secara keseluruhannya, perolehan hasil YTL Corp melonjak kepada RM6.17 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2022.

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, indeks komposit melepasi paras 1,500
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.19 mata kepada 1,502.52 berbanding 1,492.33 pada penutup Rabu.

MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80 peratus PPB Group Bhd berikutan penemuan mengenai da

Bursa Malaysia pulih semula dipacu kegiatan memburu saham murah
Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.15 mata kepada 1,499.18.

Hanya 5.1% wanita pegang jawatan pengerusi syarikat tersenarai - Kajian HLIB
Sektor yang mencapai lebih daripada sasaran itu ialah perbankan, pengguna, sarung tangan getah, media, hartanah, telekomunikasi dan utiliti.

Firma Singapura Jardine CCL tingkatkan ekuiti 91% dalam Cycle & Carriage Bintang
Jardine CCL membuat tawaran terkini pada harga RM2.70 sesaham.

Aktiviti pengambilan untung dorong Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, indeks penanda FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.41 mata kepada 1,502.30 daripada penutupan semalam pada 1,507.71.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah, mengambil petunjuk daripada sesi tidak menentu semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia catat aliran masuk asing sebanyak RM152.9 juta minggu lalu
Pelabur asing hanya menjual ekuiti pada Selasa sebanyak RM14 juta sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS.

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, KLCI naik 1.39 peratus
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan kukuh dengan petunjuk pasaran ditutup pada paras tertinggi harian pada Khamis.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, Wall Street turut pamer pergerakan rancak
Pada Rabu, bank pusat itu menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 75 mata asas seperti dijangkakan, kadar tertinggi sejak 2018.