awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC

Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
19/01/2026
15:20 MYT
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Pada 15 Jan lepas, wanita yang berusia 43 tahun itu telah berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Litmatch. - Gambar hiasan
KUALA BERANG: Seorang pekerja kilang mengalami kerugian sebanyak RM166,000 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata pada 15 Jan lepas, wanita yang berusia 43 tahun itu telah berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Litmatch.
Beliau berkata suspek, iaitu kenalan baharunya telah memujuk mangsa supaya menyertai skim pelaburan UOA Group Building Excellence yang didakwa mampu memberi pulangan cepat dengan kadar keuntungan yang tinggi.
"Mangsa yang terpengaruh dengan janji manis suspek, bertindak menjual barang kemas, harta pusaka serta mengeluarkan wang simpanan untuk dijadikan sebagai modal pelaburan.
"Dia (mangsa) kemudian membuat sebanyak 16 transaksi berjumlah RM166,000 ke beberapa akaun bank berbeza seperti diarahkan suspek untuk tujuan pelaburan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharudin berkata mangsa bagaimanapun menyedari ditipu apabila suspek enggan memulangkan kembali modal pelaburan beserta keuntungan dijanjikan dengan pelbagai alasan.
Susulan itu, mangsa membuat laporan polis semalam selepas usaha menghubungi suspek gagal.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Justeru, pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi atau membuat semakan melalui portal Semakmule atau talian 997 NSRC (Pusat Respons Penipuan Kebangsaan) bagi mengelak ditipu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#pelaburan dalam talian
#mangsa rugi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.