awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Januari 2026.
1. Agong kecewa kes rasuah libat peringkat tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
Yang di‑Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menegaskan bahawa segala perancangan pembangunan negara tidak akan mencapai kesempurnaan sekiranya amalan rasuah terus berleluasa dalam pentadbiran dan sektor keselamatan.
2. “Kalau tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia" - Agong
Sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas utama pembinaan bangsa, jati diri serta masa hadapan negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
3. Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas subuh
Jenazah pelakon Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah, Mekah pada jam 5.44 pagi waktu tempatan (10.44 pagi waktu Malaysia).
4. Patuh teguran Agong, tindakan tegas Ahli Parlimen sentuh 3R dalam sidang Parlimen - Speaker
Semua Ahli Parlimen perlu memberi perhatian serius terhadap teguran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, khususnya berhubung larangan memainkan sentimen kaum, agama dan institusi diraja (3R) termasuk dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, tegas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
5. Kes saman fitnah Najib, Tommy Thomas selesai cara baik - Muhammad Shafee
Kes saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berkaitan pembunuhan wanita Mongolia yang diterbitkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness, diselesaikan secara baik.
6. Penyebaran maklumat sulit ATM: Mindef buat laporan polis - Khaled Nordin
Kementerian Pertahanan (Mindef) mengesahkan telah membuat laporan polis susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
7. Titah Agong: 'Jelaslah bagus, laksana dengan tegas' - PM Anwar
Perdana Menteri menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengenai isu rasuah termasuk dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan menyifatkannya sebagai titah yang jelas.
8. ‘Jumpa nanti’ - Adam Adli setuju berdialog dengan Liga Mahasiswa Malaysia
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli Abdul Halim bersetuju menerima jemputan Liga Mahasiswa Malaysia (LMM) untuk mengadakan dialog terbuka.
9. SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menumpukan perhatian terhadap dakwaan membabitkan IJM Corporation Bhd berhubung dakwaan skim pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 bilion.
10. Pas tolak kerjasama 'Kolaborasi Agung' melibatkan Pakatan Harapan
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan bekerjasama dalam gabungan itu kerana menganggap Kerajaan Perpaduan yang direalisasikan oleh PH merupakan konsep bebas tanpa sempadan.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita tumpuan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan