KUALA LUMPUR: Keuntungan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menyusut kepada RM2.9 bilion pada tahun 2020 berbanding RM7.4 bilion pada tahun 2019.
Dalam Ulasan Tahunan Khazanah 2021, Khazanah memaklumkan syarikat pelaburan kerajaan itu meraih hasil pelupusan yang lebih rendah pada tahun 2020 iaitu RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada tahun 2019.
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan bagaimanapun berkata, pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya meningkat kepada RM5.2 bilion daripada RM3.8 bilion.
“Prestasi kami pada tahun 2020 dicapai berlatarbelakangkan suasana ekonomi yang mencabar serta impak pandemik COVID-19, yang belum pernah dilalui sebelum ini, pada operasi.
"Sungguhpun demikian, usaha yang kami mulakan beberapa tahun lepas telah banyak membantu kami untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi.
"Kami juga telah mengenal pasti beberapa peluang pelaburan yang baik ketika berada dalam tempoh pandemik ini serta ketidakstabilan pasaran akibat daripadanya.
"Khazanah terus mempelbagaikan portfolio globalnya sambil kami membina nilai mampan untuk Malaysia, selari dengan mandat jangka panjang kami," katanya dalam ulasan tersebut.
Laporan itu turut menyatakan, kesan daripada pandemik COVID-19 turut menyaksikan peruntukan bagi rosot nilai meningkat kepada RM6.0 bilion, terutamanya bagi aset penerbangan dan perhotelan miliknya, berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya.
Bagi tahun 2020, beliau memaklumkan Khazanah mengisytiharkan dividen RM2.0 bilion kepada kerajaan, berbanding dividen RM1.0 bilion yang diumumkan kepada kerajaan pada 2019.
Astro Awani
Thu Mar 04 2021
Khazanah memaklumkan syarikat pelaburan kerajaan itu meraih hasil pelupusan yang lebih rendah pada tahun 2020 iaitu RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada tahun 2019. - Foto BERNAMA
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Pelajar Malaysia di Mesir kumpul hampir 200 kitab turath ulama alam Melayu
Muhammad Nur Hadi berkata selain kitab-kitab tersebut dia juga mengumpul bahan lain seperti dokumen persuratan dan cop besi yang diukir tulisan Jawi-Arab.
Khazanah intai pelaburan dalam Oyo Hotel - Laporan
Khazanah dilaporkan sedang berbincang untuk terajui pelaburan AS$400 juta (RM1.89 bilion) dalam Oyo Hotels & Homes Pvt Ltd di India.
Braintree Technologies, Ultimeat dan Kapitani terima geran RM500,000 selepas muncul pemenang utama KIIC 2023
Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023 mengumumkan tiga pemenang teratas KIIC 2023 terima geran sehingga RM500,000.
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
Muzium Kota Kayang cerminan sejarah, budaya Perlis - Raja Muda
Muzium Kota Kayang adalah cerminan sejarah dan budaya serta warisan negeri Perlis.
Belanjawan 2024 capai keseimbangan tepat untuk perkukuh daya tahan negara - Khazanah
Belanjawan 2024 mencapai keseimbangan yang tepat untuk memperkukuh daya tahan Malaysia di tengah cabaran global.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2024: Memacu kemajuan sosioekonomi yang saksama dan inklusif
Belanjawan Malaysia MADANI 2024 menggariskan pendekatan seimbang antara peninggian siling dan peninggian lantai, selaras dengan wawasan Ekonomi MADANI
Tiada entiti tunggal boleh selesaikan isu perubahan iklim, keselamatan makanan, pembangunan ekonomi - Amirul Feisal
Semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, komuniti, badan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu terbabit.
Khazanah sedia menyokong 'Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat'
Visi 'Ekonomi MADANI' memberikan pandangan positif untuk masa depan negara terutamanya ketika berada dalam ketidaktentuan global.
KIIC 2023 sasar bantu atasi cabaran keterjaminan makanan
KIIC 2023 dianjurkan di bawah inisiatif Dana Impak Khazanah, dan aplikasi dalam talian untuk menyertai cabaran itu dibuka mulai semalam hingga 4 Sept 2023.