AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi pada RM253.81 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2016 daripada RM48.76 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Perolehan berjumlah RM1.62 bilion atau 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan kos bahan api yang lebih rendah.
"Perolehan yang kukuh disokong oleh pertumbuhan 10 peratus dalam jumlah penumpang, manakala tambang purata naik 8.0 peratus pada RM153 berbanding RM141 pada suku yang sama tahun lepas," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.
AirAsia berkata pertumbuhan keuntungan bersih disumbangkan oleh pertumbuhan perolehan semasa suku berkenaan sebanyak 23 peratus, terutamanya disebabkan oleh kenaikan dalam pendapatan operasi pajakan dan 24 peratus pengurangan dalam harga bahan api purata daripada US$78 setong pada suku kedua 2015 kepada US$59 setong pada suku kedua pada 2016.
Ketua Eksekutif AirAsia Group Tony Fernandes berkata: "Di Malaysia, permintaan kekal kukuh dan kami menjangka ini akan bertambah baik pada suku-suku akan datang setelah sentimen pengguna semakin meningkat dalam ekonomi domestik.
"Penumpang dari India memasuki Malaysia berkembang 34 peratus berbanding tahun ke tahun dan ini menunjukkkan jenama kami mengukuh di pasaran India setelah kami menambah penerbangan domestik dan antarabangsa di sana," katanya dalam satu kenyataan.
Pasaran India serta China dan ASEAN akan menjadi penting kepada pertumbuhan AirAsia memandangkan ia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan China ke ASEAN ke India melalui rangkaiannya yang kukuh.
Bernama
Mon Aug 29 2016
"Di Malaysia, permintaan kekal kukuh dan kami menjangka ini akan bertambah baik pada suku-suku akan datang setelah sentimen pengguna semakin meningkat dalam ekonomi domestik. - Gambar fail
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Pemegang saham AirAsia X lulus pengambilalihan kepentingan perniagaan penerbangan Capital A
Pemegang saham AirAsia X Bhd meluluskan cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Ltd dan AirAsia Bhd.
AirAsia minta MAHB mengutamakan permasalahan klia2
AirAsia Bhd hari ini meminta MAHB untuk memberi lebih keutamaan kepada isu operasi lebih kritikal dan pengalaman penumpang di klia2.
AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan
AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi, menjadikannya laluan domestik ke-16 syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Trend melancong: Tanda ekonomi baik
Semua ini menjadi lebih mudah, dengan kemajuan Internet yang terdapat dalam pelbagai platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan promosi penerbangan, menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah.
AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Pelakon Neelofa dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan murah, AirAsia Bhd. Satu pencapaian hebat buat pelakon yang sinonim dengan jenama Naelofar Hijab yang berkembang pesat.
AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran
AirAsia Bhd dan unitnya, AirAsia X Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di platform media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran bagi tiket penerbangannya.
AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus
AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini hingga 12 Feb bagi perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017.
AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina
AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan domestik dan antarabangsa bersempena perayaan Tahun Baru Cina.
Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia
Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebagai hab antarabangsa keenamnya di Malaysia.
AirAsia pajak 2 pesawat daripada Indonesia AirAsia Extra untuk RM52.5 juta
AirAsia Bhd memeterai perjanjian pajakan basah dengan PT Indonesia AirAsia Extra (IAAX) untuk memajak dua pesawat berbadan lebar Airbus A330 untuk US$12.9 juta (RM52.5 juta).