awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairil Anuar dilantik CEO baharu Co-Opbank Pertama, berkuat kuasa 1 Nov 2021

Dagang News
Dagang News
01/11/2021
00:43 MYT
Khairil Anuar dilantik CEO baharu Co-Opbank Pertama, berkuat kuasa 1 Nov 2021
Co-opbank Pertama (CBP) pada Ahad mengumumkan pelantikan Khairil Anuar Mohammad Anuar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 November 2021. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) pada Ahad mengumumkan pelantikan Khairil Anuar Mohammad Anuar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 November 2021.
Khairil Anuar, 46, merupakan lulusan Sarjana Pengurusan Risiko dari Universiti Glasgow Caledonian, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan dari DeMonfort University, United Kingdom.
Di samping itu, beliau juga merupakan seorang bertauliah ‘Chartered Banker’ dari Asian Institute of Chartered Bankers (AICB)/Chartered Bankers Institute serta Oxford Advanced Management & Leadership Programme dari Said Business School, University of Oxford, United Kingdom.
Sebelum perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di CBP, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Strategi di SME Bank sehingga September 2021.
Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan lain termasuk Hong Leong MSIG Takaful, Al Rajhi Bank Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
``Dengan pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri kewangan, beliau mampu untuk meneraju CBP ke satu tahap yang lebih tinggi serta memainkan peranan lebih penting CBP di dalam menjayakan agenda Transfom 2021-2025,’’ kata bank itu dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Co-opbank Pertama (CBP) telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah co-opbank. CBP mempunyai 29 buah cawangan termasuk outlet di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh Syariah seperti Pembiayaan Individu, Koperasi serta Korporat, Ar-Rahnu, Deposit, Syer Keanggotaan serta Takaful dan Wasiat. Sila layari www.cbp.com.my untuk maklumat lanjut. – DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Co-opbank Pertama
#CBP
#Khairil Anuar Mohammad Anuar
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan