BIMB Holdings Berhad telah melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru bagi unit perbankan kumpulan tersebut.
Perlantikan Khairul sebagai CEO Bank Islam Malaysia Berhad adalah untuk selama tiga tahun, bermula pada 14 Jun 2017.
Merujuk kepada kenyataan rasmi ke Bursa Malaysia, BIMB Holdings Berhad menyatakan bahawa Khairul juga merangkap jawatan Pengerusi bagi dua buah badan di dalam kumpulan tersebut, iaitu Farihan Corp Sdn Bhd dan BIMB Investment Management Bhd.
Khairul menggantikan bekas CEO Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat, 59, yang telah menamatkan tugasnya sebagai CEO Kumpulan BIMB Holdings Bhd dan Pengarah Urusan Bank Islam pada Jumaat lalu.
Penggantian Zukri menjadi tanda tanya besar bagi industri perbankan Islam ini.
Antara spekulasi yang wujud bagi mereka yang menggantikan Zukri termasuk beberapa personaliti perbankan dari Tabung Haji, bank-bank Islam lain di negara ini, malah timbul ura-ura mengatakan ahli korporat yang telah bersara juga mungkin mengambil alih tempatnya.
Dalam temuramah bersama Bernama pada 25 Mei lalu, Zukri telah menyatakan bahawa perlantikan CEO baru untuk Bank Islam lebih elok diberi kepada ‘orang dalam’ dan bukannya ‘orang luar’.
Katanya, “calon dalaman telah dikenalpasti oleh BIMB Holdings Berhad dan ia telah diumumkan kepada badan berkuasa. Sebarang keputusan akan diumumkan oleh pihak tertentu.”
Khairul mula bertugas di Bank Islam pada akhir tahun 2005.
Sepanjang 12 tahun berkhidmat dengan Bank Islam, beliau pernah mengendali pelbagai tugasan, termasuk menjadi Pengarah Pembangunan Perniagaan, sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Eksekutif.
Ibrahim Sani
Tue Jun 13 2017
Zukri sebelum ini menyatakan perlantikan CEO baru untuk Bank Islam lebih elok diberi kepada orang dalam dan bukannya orang luar. Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Khairul Kamarudin, CEO baru Bank Islam
Perlantikan Khairul sebagai CEO Bank Islam Malaysia Berhad adalah untuk selama tiga tahun, dan bermula pada 14 Jun 2017.