Khazanah Nasional Bhd akan mengemukakan rancangan untuk menstrukturkan semula Malaysia Airlines (MAS) dalam tempoh setahun, kata Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar hari ini.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata semua opsyen sedang ditimbangkan ketika ini, yang menunjukkan seriusnya situasi sekarang dan pentingnya MAS kepada negara.
"Pada masa ini, kami belum bersedia untuk menyebut opsyennya. Namun, banyak usaha sudah dilakukan," katanya ketika ditemui di luar persidangan Invest Malaysia 2014 di sini.
Azman berkata pemulihan MAS memerlukan peningkatan kukuh disiplin dan budaya kerja dalaman, sokongan luar serta kepimpinan dan pengurusan.
"Semua perkara ini perlu disepadukan. Bagi persoalan mengenai kepimpinan dan pengurusan, kami mahu menambah baik dalam tempoh itu," kata Azman.
Beliau juga berkata ada kemungkinan operasi penerbangan MAS dikecilkan dalam tempoh terdekat sehingga pelan penstrukturan semula dirangka, memandangkan MAS mempunyai kelonggaran munasabah untuk membuat pilihan ke atas pelan rangkaiannya.
"Tahun lepas, walaupun mengalami kerugian, faktor muatan MAS melepasi 81 peratus, hasil gabungannya dengan One World, yang memberikannya lebih banyak pilihan dari segi perhubungan," katanya.
Azman berkata program penjualan oleh Khazanah Nasional masih berjalan dan oleh itu, ia akan menjual kepentingannya dalam syarikat yang bukan teras dan tidak kompetitif.
Ditanya kedudukan MAS dalam situasi itu, beliau berkata syarikat penerbangan itu merupakan perniagaan teras kerana ia adalah syarikat penerbangan nasional dan merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan negara.
Namun katanya, dilemanya ialah untuk kekal kompetitif, masalah serupa yang dihadapi oleh kebanyakan syarikat penerbangan hari ini.
Azman berkata persoalan sama ada Khazanah Nasional akan kekal sebagai pemegang saham utama MAS akan bergantung kepada Kerajaan Malaysia yang merupakan pemegang saham istimewa syarikat penerbangan itu.
"Keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan. Tugas kami ialah memberi nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan," katanya.
Khazanah Nasional setakat ini sudah menyuntik RM5 bilion ke dalam MAS, dan ditanya sama ada wang ini dibelanjakan secara berkesan, beliau berkata: "Berdasarkan keadaan, jawapan pendeknya 'tidak' kerana dari sudut kewangan, MAS terus mencatat kerugian.
"Namun dari sudut pandangan negara, jawapannya tidak begitu memandangkan MAS seperti syarikat penerbangan lain, membawa lebih banyak impak ekonomi yang tidak ketara kepada negara, seperti dari segi perhubungan dan membawa 'dunia' ke negara kita."
Mengenai peletakan jawatan ketua MASKargo Mohd Yunus Idris dan sama ada ia merupakan permulaan lebih ramai petugas meninggalkan MAS, Azman menekankan bahawa ia merupakan perkara biasa pekerja masuk dan keluar dalam industri itu.
Mengenai pembuat wafer semikonduktor Khazanah, SilTerra Malaysia, Azman berkata sejak sembilan hingga 10 tahun, pendapatan sebelum cukai, pelunasan dan susut nilai (EBITDA) dan keuntungan operasi mencatat keuntungan sederhana.
"Kami sentiasa mengatakan bahawa daya maju syarikat memerlukannya bergabung dalam pakatan strategik yang lebih besar. Kami juga sedang berusaha bagi memastikan tiada penurunan lagi di peringkat EBITDA," katanya.
Bernama
Tue Jun 10 2014
KHAZANAH: Semua opsyen sedang ditimbangkan ketika ini, yang menunjukkan seriusnya situasi sekarang dan pentingnya MAS kepada negara.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
INFOGRAFIK: Shahril Ridza, Pengarah Urusan Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad hari iini mengumumkan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan baharu dana kekayaan kedaulatan itu.
Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah
Shahril Ridza dijadual memulakan tugas pada 20 Ogos ini.
Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan
Kesemua lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad tawar diri meletak jawatan bagi memastikan peralihan dana kekayaan kedaulatan itu adalah terurus dan berjalan lancar.
GLIC teruskan peranan dengan ketelusan, tadbir urus lebih baik
GLIC diberikan taklimat hala tuju oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan.
Charon Mokhzani tinggalkan Khazanah Nasional
Dato Charon Mokhzani akan meninggalkan Khazanah dan KRI pada pertengahan bulan Mei 2018, selepas berkhidmat selama hampir lima tahun.
Khazanah Nasional untung besar bagi tahun 2017
Menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, "keuntungan Portfolio Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) adalah yang tertinggi yang pernah dicatat sejak tahun 2004".
Arul Kanda enggan ulas lanjut isu kepimpinan Khazanah
Khazanah mempunyai aset berjumlah RM145.1 bilion setakat akhir tahun lepas, dan mempunyai pegangan dalam lebih 100 syarikat dalam pelbagai sektor.