awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat Zakaria sebagai pengarah FGV ditamatkan

Bernama
Bernama
12/09/2018
14:32 MYT
Khidmat Zakaria sebagai pengarah FGV ditamatkan
Khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd, Datuk Zakaria Arshad, sebagai pengarah syarikat itu ditamatkan. - Gambar fail
Khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd, Datuk Zakaria Arshad, sebagai pengarah syarikat itu ditamatkan, berkuat kuasa hari ini.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat perniagaan pertanian itu berkata tindakan tersebut berkuat kuasa selepas FGV menerima surat daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini yang menarik balik pelantikan Zakaria sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV, yang telah diluluskan oleh pemegang saham FGV pada 28 Jun lepas.
Tindakan itu mengikut Klausa 89(3) perlembagaan tersebut, yang menyatakan khidmat pengarah lantikan kerajaan akan ditamatkan apabila pelantikan beliau ditarik balik.
Antara jawatan yang kini dipegang Zakaria dalam organisasi lain ialah Naib Pengerusi Persatuan Penapis-penapis Minyak Sawit Malaysia; Anggota Silih Ganti Lembaga Minyak Sawit Malaysia; Anggota Majlis Kumpulan Tindakan Keusahawanan (AGE) Universiti Malaysia Kelantan dan penasihat Persatuan Trak Makanan Bergerak dan Makanan Jalanan Malaysia.
Perubahan itu menyusuli pelantikan dua pengarah bebas baharu FGV – bekas CEO Bursa Malaysia Datuk Yusli Mohamed Yusoff dan anggota lembaga pengarah Zurich Life Insurance Malaysia Bhd, Datin Hoi Lai Ping.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO
#FGV
#kerajaan
#minyak
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan