Skip to main content

Dunia

Oman tegaskan komitmen pelayaran selamat tanpa caj di Selat Hormuz selepas rundingan dengan Iran

FILE PHOTO: A drone view of vessels anchored in the Strait of Hormuz as seen from Musandam, Oman, June 8, 2026. REUTERS/Stringer/File Photo
Menteri Luar Oman menegaskan semula komitmen negaranya terhadap undang-undang antarabangsa dan pelayaran selamat tanpa caj di Selat Hormuz susulan rundingan dengan pegawai kanan Iran di Muscat. - Gambar fail Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi pada Isnin menegaskan semula komitmen negaranya terhadap undang-undang antarabangsa dan pelayaran selamat tanpa caj di Selat Hormuz susulan rundingan dengan pegawai kanan Iran di Muscat, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, Albusaidi berkata, perbincangan dengan Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Qalibaf dan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi tertumpu kepada memorandum persefahaman Iran-Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai baru-baru ini, khususnya peruntukan berkaitan Selat Hormuz.

Rundingan itu diadakan selepas ketibaan Qalibaf dan Araghchi di Oman bagi membincangkan pengurusan laluan perairan strategik berkenaan.

"Kami menegaskan komitmen terhadap undang-undang antarabangsa dan pelayaran selamat tanpa caj," kata Albusaidi.

Kenyataan itu dibuat selepas Qatar dan Pakistan selaku pengantara mengeluarkan kenyataan bersama pada Ahad susulan berakhirnya rundingan AS-Iran di pusat peranginan Burgenstock, Switzerland.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan sebuah "unit penyelarasan bagi mengelakkan konflik" melibatkan AS, Iran dan Lubnan, dengan pengantaraan Qatar dan Pakistan bagi memastikan pematuhan terhadap penghentian operasi ketenteraan di Lubnan di bawah Memorandum Persefahaman Islamabad.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement