awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta

Bernama
Bernama
04/02/2025
00:30 MYT
KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
KUALA LUMPUR: KJTS Group Bhd bercadang untuk mengambil alih Malakoff Utilities Sdn Bhd (MUSB), anak syarikat Malakoff Corporation Bhd pada harga RM65.5 juta secara tunai.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, KJTS berkata pengambilalihan tersebut akan dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, KJ Technical Services Sdn Bhd dan MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.
Ia berkata syarikat merancang untuk menggunakan sebahagian daripada dana yang diperoleh daripada tawaran awam permulaan (IPO) mereka sebanyak RM44.42 juta bagi membiayai pembelian itu.
"Baki RM21.08 juta pula akan dibiayai melalui sumber dalaman syarikat dan/atau pinjaman bank. Kadar pembiayaan sebenar akan ditentukan kemudian, berdasarkan keperluan kewangan syarikat dan anak-anak syarikatnya," katanya.
Menurut KJTS pembelian ini bukan sekadar transaksi kewangan, tetapi satu langkah strategik untuk mengukuhkan perniagaan terasnya yang termasuk tenaga penyejukan, pembersihan, dan pengurusan fasiliti.
Langkah pengambilalihan itu juga akan memberikan akses kepada kumpulan pengurusan teknikal berpengalaman MUSB, seterusnya mengukuhkan keupayaan pengurusan KJTS untuk mengembangkan perniagaan terasnya dalam industri.
"Pasukan yang diperluaskan ini akan membolehkan KJTS membangunkan portfolionya yang semakin berkembang dengan cekap, seterusnya memastikan pertumbuhan pendapatan mampan untuk kumpulan," katanya.
Pengambilalihan itu dijangka selesai pada suku kedua tahun 2025, kata KJTS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#KJTS
#Malakoff
#ambil alih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan