Terminal baharu penerbangan tambang rendah (LCCT), klia2, sudah bersedia menarik lebih daripada 50 peratus syarikat penerbangan tambang rendah dunia apabila memulakan operasinya pada Mei 2013.
Pada masa ini terdapat sejumlah 30 hingga 40 syarikat penerbangan tambang rendah dunia berbanding hanya lima syarikat penerbangan sejak lima tahun lepas.
Pengurus Besar Pembinaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Zaifuddin Idris berkata pada masa ini 12 syarikat penerbangan tambang rendah terbang dari klia2 dan dua lagi syarikat penerbangan akan masuk apabila kemudahan baharu itu siap.
"Kedua-dua syarikat penerbangan tambang rendah itu ialah Malindo Airways dan Firefly," katanya kepada pemberita sempena pemasangan akhir struktur jambatan udara klia2.
Beliau berkata Firefly juga sudah meminta ruang daripada MAHB dan mereka kini membuat persiapan untuk beroperasi menggunakan enjin jet berbanding pesawat enjin turboprop apabila beroperasi di klia2.
Mengenai kapasiti penumpang, Mohd Zaifuddin berkata klia2 berkeupayaan memberi perkhidmatan kepada lebih 50,000 penumpang sehari.
"Terminal ini berkeupayaan memberi perkhidmatan kepada 45 juta penumpang setahun, namun pada operasi tahun pertamanya, kami menyasarkan untuk mengurus kira-kira 20 juta penumpang," katanya.
Mengenai pembangunan KLIA 2, beliau berkata projek itu sudah siap 70 peratus dengan jumlah kos masih kekal pada RM4 bilion.
"Kami yakin menyiapkan lapangan terbang ini mengikut jadual, yang disokong oleh kemajuan lancar pelaksanaan oleh kontraktor utama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata jambatan udara pertama di Asia dan ketiga di dunia, bernilai RM150 juta dijangka siap menjelang akhir Januari depan.
"Jambatan udara yang seluas 300 meter dengan walklator seluas 60 meter, ia akan disambungkan dengan bangunan terminal penumpang ke bangunan satelit yang membolehkan penumpang berjalan antara dua tempat hanya dalam lima minit.
Jambatan udara yang dibangunkan khusus untuk menyeberang tempat letak pesawat, dan berdinding kaca, membolehkan penumpang menikmati pemandangan menarik di luar.
Bernama
Fri Nov 02 2012
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Warga Itali didakwa curi ubat di premis penjagaan kesihatan, kecantikan di KLIA T2
Maurizio Losi mengangguk faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Rusuhan Bangladesh: Pesawat AirAsia AK76 bawa rakyat Malaysia tiba di KLIA2
Pesawat AirAsia yang membawa rakyat Malaysia dari Dhaka, Bangladesh telah selamat tiba di Terminal 2, KLIA2, Sepang dari Dhaka, Bangladesh pada jam 4.56 petang, Selasa.
Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2
Dua lelaki berhadapan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.
Guna Toyota Vellfire milik isteri buat 'ulat' di KLIA 2
Dipercayai pemandu itu menggunakan taktik memujuk dan merayu sebelum mengenakan cas bayaran tambang sebanyak RM180 kepada penumpang.
11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.
Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.
JPJ tahan dua 'ulat' di KLIA2
Siasatan awal mendapati pemandu itu menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dengan mengenakan tambang kepada pelancong asing antara RM100 hingga RM150 dari KLIA2 ke Kuala Lumpur.
JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.