awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid zahir penghargaan kepada Erdogan bantu bawa pulang aktivis Malaysia

Bernama
Bernama
04/10/2025
16:00 MYT
Ahmad Zahid zahir penghargaan kepada Erdogan bantu bawa pulang aktivis Malaysia
Ahmad Zahid berkata Erdogan telah memberikan komitmen dalam menyelesaikan isu berkenaan dengan membenarkan penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul bagi membawa rakyat Malaysia dari Israel sebelum kembali ke tanah air. - fotoBERNAMA
SERDANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turkiye dan Presiden Recep Tayyip Erdogan kerana membantu Malaysia dalam urusan membawa pulang 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang sebelum ini ditahan rejim Zionis.
Ahmad Zahid berkata Erdogan telah memberikan komitmen dalam menyelesaikan isu berkenaan dengan membenarkan penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul bagi membawa rakyat Malaysia dari Israel sebelum kembali ke tanah air.
"Kita ucapkan terima kasih atas usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang meminta jasa baik Turkiye untuk membantu aktivis kita," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Malam Kilauan Mutiara Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia, di sini malam ini.
Terdahulu, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan kesemua delegasi Malaysia itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 8.40 malam ini waktu Malaysia.
Kesemua delegasi berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada 6.40 petang menggunakan pesawat komersial Turkish Airlines yang diurus dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Turkiye.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Beritya Terkini Global Sumud Flotilla
#Recep Tayyip Erdogan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan