BANGKOK: Meskipun terkesan hampir dua tahun akibat penularan wabak COVID-19, platform tempahan pelancongan dalam talian, Klook bangkit semula dengan prestasi memberangsangkan, sekali gus menandakan kejayaannya di ulang tahun kesembilan.
Dengan pertumbuhan tiga kali ganda yang dicatatkan sejak tahun 2019, nilai tempahan tahunan Klook kini mencapai AS$3 bilion, menjadikan syarikat itu sebagai platform tempahan pelancongan terunggul di Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Klook, Ethan Lin berkata, ketika ini sektor pelancongan dunia dilihat semakin pulih dengan kapasiti penerbangan yang semakin meningkat serta permintaan pelancongan ke destinasi unik berkembang di peringkat global.
“Pengembara telah mempamerkan daya tahan mereka dan bisnes kami telah melonjak tiga kali ganda didorong oleh peningkatan perbelanjaan luar biasa yang dipamerkan di platform kami dengan peningkatan lebih 30 peratus.
“Pertumbuhan ini disokong pelbagai jenis produk serta perkhidmatan tambahan yang telah kami perkenalkan, daripada penyewaan kereta api, kereta kepada penginapan dan pengalaman yang lebih unik.
“Kami menjangkakan menjelang 2024, apabila kapasiti penerbangan pulih sepenuhnya, kos perjalanan menjadi lebih berpatutan," katanya.
Peningkatan trend pelancong muda yang lebih mengutamakan pengalaman
Berdasarkan tinjauan terbaharu terhadap pengembara Asia Pasifik yang merangkumi 12 negara, 85 peratus pelancong muda khususnya daripada golongan milenial dan Gen Z lebih suka berbelanja untuk mendapatkan pengalaman unik ketika melancong.
Malah, trend tersebut juga mempengaruhi golongan muda untuk berkongsi pengalaman melancong mereka di media sosial.
Melihat kepada perubahan trend ini, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Klook, Eric Gnock Fah berkata, Klook mengambil peluang untuk memperhebatkan pemasaran kandungan sosial dengan memperkenalkan program gabungan perintis pempengaruh yang dikenali sebagai 'Klook Kreators'.
“Kita menyaksikan peralihan trend jelas tentang pelancong generasi baharu yang memilih untuk mencari pengalaman dan inspirasi ketika melancong.
“Untuk memenuhi permintaan tersebut, kami meningkatkan pelaburan secara signifikan terhadap pencipta kandungan digital,” jelasnya.
Tambahnya, keutamaan Klook bukan sekadar memperbanyakkan kandungan digital lebih menarik tetapi meningkatkan lagi janaan kandungan pengguna yang lebih dekat, tepat dan sahih untuk pelancong lain di media sosial.
Klook menyambut ulang tahun kesembilannya di sebuah acara yang diadakan Bangkok, Thailand, pada Rabu.
Acara tersebut turut dihadiri para pengamal media dan ‘Key Opinion Leaders’ (KOL) antarabangsa termasuk antaranya dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Taiwan, China dan Australia.
Afiq Ariffin
Sun Sep 10 2023
Dengan pertumbuhan tiga kali ganda yang dicatatkan sejak tahun 2019, nilai tempahan tahunan Klook kini mencapai AS$3 bilion, menjadikan syarikat itu sebagai platform tempahan pelancongan terunggul di Asia. Gambar Astro AWANI/Afiq Ariffin
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Melihat Bangkok pada ketinggian 314 meter
Bangkok sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong dengan kehidupan malam selain budaya, lubuk 'shopping', urutan dan makanan Thai.
Klook rai ulang tahun kesembilan, pertumbuhan memberangsangkan pasca COVID-19
Platform tempahan pelancongan dalam talian, Klook bangkit semula dengan prestasi memberangsangkan, sekali gus menandakan kejayaannya di ulang tahun kesembilan.