awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koperasi kredit perlu pelbagaikan sumber pendapatan

Bernama
Bernama
07/05/2017
01:39 MYT
Koperasi kredit perlu pelbagaikan sumber pendapatan
Menurut Abdul Fattah sektor kredit yang menyumbang 80 peratus daripada RM39.6 bilion perolehan koperasi pada tahun lepas dilihat tidak lagi mampu berkembang. - Gambar fail
Koperasi kredit disaran menceburi bidang perniagaan baharu yang berimpak tinggi seperti hartanah, perkhidmatan kesihatan dan teknologi maklumat agar dapat bertahan lama dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata sektor kredit yang menyumbang 80 peratus daripada RM39.6 bilion perolehan koperasi pada tahun lepas dilihat tidak lagi mampu berkembang berikutan isu peningkatan kos sara diri selain saingan daripada institusi kewangan lain.
"Untuk koperasi kredit ini terus menjana pendapatan, ia perlu menceburi sektor lain yang berimpak tinggi dan kami bersedia menyalurkan bantuan khidmat nasihat, dana dan kepakaran jika diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad, di sini, semalam.
Misalnya, katanya, koperasi kredit boleh menerokai sektor hartanah dengan bukan sahaja membina rumah malah boleh menyediakan kemudahan pinjaman kepada ahli koperasi.
"Ini sekali gus bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan koperasi tetapi turut memberi peluang kepada anggota koperasi memiliki rumah dan hasil pendapatan koperasi ini kelak juga akan disalur kembali kepada anggota koperasi melalui dividen yang mereka terima setiap tahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Fattah Abdullah
#Angkasa
#ekonomi
#koperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan