BISNES
KPDN perangi penyelewengan gas LPG subsidi secara agresif - Armizan

Armizan pada sidang media selepas sesi libat urus Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) bersama para peniaga di bawah persatuan peniaga makanan negeri kelantan di sini hari ini. - fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kegiatan penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di negara ini perlu ditangani segera kerana ada segelintir peniaga membelinya dengan kuantiti yang banyak untuk kegunaan sendiri, tetapi turut mengaut keuntungan dengan menjual harga lebih murah kepada pihak industri.
Ringkasan AI
- Peniaga didapati menyeleweng tong gas LPG bersubsidi melalui aktiviti decanting, iaitu memindahkan gas ke tong industri dan menjualnya pada harga lebih murah untuk mengaut keuntungan.
- KPDN melaksanakan Op Gasak bagi membanteras penyelewengan ini, yang berlaku di seluruh negara dan bukan terhad kepada negeri tertentu sahaja.
- Kerajaan akan memperketat kawalan melalui sesi libat urus dan mekanisme pemantauan, bagi memastikan subsidi LPG sampai kepada golongan sasaran dan tidak disalahgunakan.
"Sebagai contoh, mereka (peniaga) membeli dengan jumlah yang banyak memandangkan tiada had yang dikenakan sebelum gas berkenaan disalurkan kepada tong gas industri demi mengaut keuntungan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi libat urus Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 bersama Persatuan Peniaga Makanan Negeri Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Armizan berkata pihaknya akan mengekang masalah itu supaya ia dapat dikawal dengan sebaiknya dan tidak akan lepas tangan menerusi mekanisme kawalan yang dikenal pasti melalui sesi libat urus dengan semua pihak berkaitan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami