awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
07/03/2024
22:45 MYT
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Perancangan dalam modus operandi yang terbaru adalah dengan memperkenalkan model perniagaan yang menyasarkan barangan runcit dan segar dengan harga yang kompetitif. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: KPF Trading Sdn Bhd sedang dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula operasi D'Mart dengan model perniagaan baharu yang lebih sesuai dengan komuniti di tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penstrukturan itu melibatkan perbincangan model perniagaan yang membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan dan kukuh.
"Perancangan dalam modus operandi yang terbaru adalah dengan memperkenalkan model perniagaan yang menyasarkan barangan runcit dan segar dengan harga yang kompetitif.
"Model perniagaan yang sebelum ini dipraktikkan adalah hanya tertumpu kepada barang runcit sahaja," kata Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) berkenaan peranan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk memastikan semua cawangan D'Mart seluruh negara dapat dihidupkan kembali.
KPF Trading mempunyai sebanyak 201 cawangan D'Mart dan daripada jumlah tersebut sebanyak 151 cawangan masih lagi beroperasi dalam skala kecil berbanding sebelum ini dengan menjual barangan utama sahaja kepada komuniti dan masyarakat setempat di rancangan Felda.
Bagaimanapun, 50 cawangan lagi ditutup operasinya pada penghujung 2022 berikutan masalah aliran tunai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#penstrukturan semula D'Mart
#model perniagaan baharu
#Felda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan