KUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023 bernilai RM51.40 bilion dengan kuantiti eksport sebanyak 12.34 juta tan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Menurut KPK, bagi tempoh sama, nilai eksport minyak sawit bagi 10 negara pengimport utama pula bernilai RM31.46 bilion dengan kuantiti eksport sebanyak 7.79 juta tan.
"Dalam tempoh itu, India masih kekal sebagai pengimport utama minyak sawit Malaysia. Nilai dan kuantiti eksport minyak sawit ke India adalah sebanyak RM8.87 bilion dan 2.28 juta tan.
"China merupakan pasaran kedua terbesar dengan nilai eksport RM4.42 bilion dan kuantiti 1.14 juta tan, diikuti Kesatuan Eropah RM3.71 bilion dengan kuantiti eksport 0.85 juta tan," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen pada 29 November.
KPK menjawab soalan Senator Datuk Dr Nuing Jeluing yang meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan 10 negara tertinggi yang membeli minyak sawit negara dalam tempoh tiga tahun lepas dan usaha kementerian untuk mempromosi minyak sawit di peringkat antarabangsa.
Menurut kementerian, berdasarkan statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dalam tempoh tiga tahun lepas, Malaysia mengeksport sejumlah besar minyak sawit ke pasaran utama seperti India, China, Kesatuan Eropah, Turkiye, Kenya, Jepun, Pakistan, Korea Selatan, Vietnam dan Filipina.
Antara usaha kementerian untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat antarabangsa adalah melalui pelbagai pendekatan merentasi pasaran global.
"Bagi 2024, usaha bagi meningkatkan nilai eksport minyak sawit Malaysia akan ditumpukan kepada rantau Timur Tengah, Afrika, Asean dan Asia Tengah.
"Selain itu, antara strategi utama usaha ini supaya lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa ialah dengan meletakkan pensijilan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai nilai unik produk minyak sawit Malaysia," katanya.
KPK berkata tumpuan juga akan diberikan kepada produk bernilai tambah seperti oleokimia, lelemak khusus, makanan tambahan kesihatan dan derivatif lain untuk meningkatkan nilai eksport dan pendapatan negara.
"Kementerian ini, menerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah mengenal pasti pasaran yang mempunyai permintaan tinggi untuk produk nilai tambah dan akan membangunkan pasaran produk derivatif sawit ke destinasi itu.
"Kementerian yakin dengan strategi ini kita bukan sahaja akan terus mengekalkan pasaran minyak sawit Malaysia di negara pengimport utama, malah akan mengembangkan eksport minyak sawit ke pasaran yang sedang membangun," katanya.
Sementara itu, KPK berkata cadangan untuk memperluas penanaman kenaf ke Sabah dan Sarawak telah mula dilaksanakan menerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
"Bagi pembangunan industri kenaf di Wilayah Sarawak, tiga kawasan yang telah dikenal pasti seperti Ulu Sebauh, Bintulu dengan keluasan 300 hektar; Saribas, Betong (100 hektar) dan Asajaya, Kuching (100 hektar).
"Bagi memastikan perancangan untuk peluasan penanaman kenaf di Sarawak berjalan lancar, kementerian sedang menjalin kerjasama serta mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak serta pihak berkepentingan seperti agensi, jabatan, komuniti setempat termasuk rakan industri," katanya.
Antara pendekatan utama penanaman kenaf di Sarawak adalah model pembangunan ladang kluster dengan penglibatan pihak swasta dan pengumpulan ladang kecil di kawasan tertentu, katanya bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim sama ada kementerian bercadang memperluas usaha penanaman kenaf ke kawasan lain di Sarawak selain Ulu Sebauh, Bintulu dan perancangan strategik mengenai kenaf untuk dijadikan sumber bahan mentah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023 bernilai RM51.40 bilion dengan kuantiti eksport sebanyak 12.34 juta tan. - Gambar hiasan/BERNAMA

Jelajah 'Kita Keadilan' platform untuk penyatuan, perkukuh PKR - Fuziah
Siri Jelajah "Kita KEADILAN" yang berakhir pada Ahad di Sarawak, berfungsi sebagai platform untuk menyatupadukan dan mengukuh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

DUN Sarawak lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025
RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang dibentangkan pada Persidangan DUN Sarawak hari ini bertujuan menyediakan mekanisme rasmi bagi pendaftaran tanah wakaf dalam rekod daftar tanah.
Agenda AWANI: Operasi 'Gideon's Chariots' | Israel Gempur Gaza!
Bumi Gaza terus bermandi darah dengan serangan terbaharu Israel menerusi operasi ‘Gideon’s Chariots’ melalui jalan darat. Apa pula alasan dan ‘muslihat’ terbaharu di sebalik serangan Zionis kali ini? Diskusi 9 malam

Warga emas disaran dapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan terpilih
Warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik disaran mendapatkan vaksin influenza secara percuma menerusi program Imunisasi Influenza Warga Emas di fasiliti kesihata
![[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik [KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/51747733247_tbperhimpunanPKR.jpg)
[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik
KEBERANIAN PKR DALAM MENCORAKKAN MASA DEPAN POLITIK

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajib dipertandingkan - Syed Rosli Jamalullail
UMNO Cawangan Pandan Tengah menegaskan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti wajib dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026 nanti.

Kira-kira 100 trak bantuan dilulus masuk ke Gaza - Pejabat Kemanusiaan PBB
Jurucakap OCHA Jens Laerke berkata pihaknya telah memohon dan menerima kelulusan untuk lebih banyak trak masuk hari ini.

Imam jatuh bot ketika memancing ditemukan lemas
Mangsa ditemukan pada 12 tengah hari oleh anggota PPDA pada jarak 100 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

Indonesia pantau lonjakan kes COVID-19 di Asia, situasi domestik terkawal
Peningkatan kes berlaku seiring peningkatan mobiliti awam, dengan ramai rakyat Indonesia ke luar negara bagi menghadiri acara antarabangsa.
LIMA’25: Bermula dengan aksi udara mengagumkan oleh TUDM
Persembahan udara yang dimulakan tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM dan tiga pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula secara rasmi hari ini.

Jualan produk hiliran minyak sawit secah RM47.76 bilion di pasaran tempatan bagi tempoh 2020-2024
Produk industri hiliran minyak sawit merangkumi produk oleokimia, biodiesel dan produk siap/akhir.

Tiada cadangan naikkan paras harga pengaktifan IPG melebihi RM3 sekilogram - KPK
KPK menjelaskan, ini memandangkan situasi harga getah semasa menunjukkan kestabilan dan peningkatan.

Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama
KPK Indonesia dan SFO United Kingdom bersetuju memperkukuh kerjasama dalam kes rasuah rentas negara.

KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.

KPK sasar kumpul lebih 300,000 kg minyak masak terpakai menerusi program UCO tahun ini
KPK dan PDB akan turut memperluas usaha pengumpulan UCO ke 50 stesen minyak Petronas di seluruh negara selain penyertaan seramai 15,000 kalangan orang awam.

Penyeragaman harga komoditi tidak praktikal, jejas kecekapan pasaran - KPK
KPK berpendapat penyeragaman harga komoditi melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan selain dikhuatiri akan menjejaskan kecekapan pasaran.

KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit
KPK memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.

KPK, MARGMA bincang langkah-langkah tangani isu industri sarung tangan getah - Johari
Johari berkata industri sarung tangan getah Malaysia kini beroperasi dalam persekitaran eksport yang agak mencabar.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPK: Nilai eksport sawit Jan hingga Okt 2023 bernilaI RM51.4 bilion
Eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023 bernilai RM51.40 bilion dengan kuantiti eksport sebanyak 12.34 juta tan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).