Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Disember 2025.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional berkuat kuasa 1 Jan.
Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Johor.
Sudah tiba masanya Pas melakukan penilaian menyeluruh terhadap hubungan politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam kerangka Perikatan Nasional.
Naib Presiden Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
5. Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
5. Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
Aktivis belia Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
6. Malaysia bantah cubaan iktiraf ‘Somaliland’ sebagai destinasi pengusiran paksa rakyat Gaza - PM
Perdana Menteri menegaskan bantahan Malaysia terhadap sebarang percubaan untuk mengiktiraf ‘Somaliland’ sebagai destinasi bagi pengusiran paksa rakyat Palestin dari Gaza.
Perdana Menteri menegaskan bantahan Malaysia terhadap sebarang percubaan untuk mengiktiraf ‘Somaliland’ sebagai destinasi bagi pengusiran paksa rakyat Palestin dari Gaza.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion dalam kes 1MDB.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak ada sebarang usaha sabotaj atau khianat berlaku dalam kalangan parti-parti politik dalam Kerajaan MADANI.
Krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) semakin meruncing apabila ketiadaan tokoh yang mampu berperanan sebagai penyatu susulan pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kepimpinan gabungan itu.
10. PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kritikan terhadap peranan Malaysia selaku orang tengah untuk meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kritikan terhadap peranan Malaysia selaku orang tengah untuk meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

