awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu

Asyraf Malik
Asyraf Malik
30/12/2025
16:00 MYT
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Tangkap layar kenyataan palsu yang mendakwa Datuk Seri Hamzah Zainudin meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, mulai tular sejak malam Selasa.
KUALA LUMPUR: Kenyataan yang tular di media sosial kononnya Datuk Seri Hamzah Zainudin telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang adalah palsu.
Perkara itu disahkan sumber daripada parti Bersatu ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Menurut sumber berkenaan, setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pembangkang melalui mana-mana platform digital, sekali gus menafikan kesahihan dakwaan tersebut.
"Penyebaran kenyataan ini disifatkan sebagai perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan kekeliruan politik.
"Hamzah ketika ini sedang berada di Mekah bermula 26 Disember hingga 6 Januari 2026 bagi menunaikan ibadah umrah," ujar sumber.
Sehubungan itu, beliau berharap agar ruang dapat diberikan kepada Hamzah untuk menunaikan ibadah tanpa sebarang gangguan atau spekulasi tidak berasas.
Sebelum ini, tular satu kenyataan yang kelihatan seakan-akan tulen mendakwa Hamzah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang susulan pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan akan melepaskan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Turut mengikut langkah sama adalah Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi PN Johor, Sahruddin Jamal; Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker; dan Setiausaha PN Selangor, Dr Afif Bahardin.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#berita palsu
#Datuk Seri Hamzah Zainudin
#Parti Bersatu
#Ketua Pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan