awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPK teliti mekanisme TSPKS 3.0 bagi pertingkat produktiviti sawit - Johari

Bernama
Bernama
03/11/2025
21:00 MYT
KPK teliti mekanisme TSPKS 3.0 bagi pertingkat produktiviti sawit - Johari
Johari ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Pembekalan 2026 (Belanjawan) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 3 Nov 2025. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 3.0 agar lebih menyeluruh dan memberi impak maksimum kepada pekebun kecil persendirian (PKP).

Ringkasan AI
  • Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 3.0 untuk meningkatkan kadar tanam semula dan produktiviti sawit negara.
  • KPK memberi keutamaan kepada pekebun kecil persendirian (PKP) dengan memperkenalkan TSPKS 2.0 pada 2024 untuk meringankan beban kewangan mereka dalam melaksanakan program tanam semula sawit.
  • KPK mengemukakan permohonan Skim Insentif Pembiayaan TSPKS kepada Kementerian Kewangan (MoF) dan mengumumkan dana RM100 juta untuk aktiviti tanam semula sawit, memperuntukkan RM171 juta setahun bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG), serta merancang penambahbaikan IPG berasaskan produktiviti.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata usaha itu dijangka dapat meningkatkan kadar tanam semula serta produktiviti sawit negara.
Pada masa sama, KPK juga berusaha untuk menambah baik pelaksanaan aktiviti tanam semula sawit bagi jangka panjang agar terus relevan untuk dijalankan oleh semua peringkat pemain industri terutama kepada PKP.
"KPK sentiasa memberi keutamaan kepada PKP dengan memperkenalkan TSPKS 2.0 pada 2024 bagi membantu meringankan beban kewangan mereka (terbabit) di seluruh Malaysia dalam melaksanakan program tanam semula sawit," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2026) peringkat dasar bagi KPK di Dewan Rakyat semalam.
Selain itu, Johari berkata KPK telah mengemukakan permohonan berkaitan Skim Insentif Pembiayaan TSPKS kepada Kementerian Kewangan (MoF) yang kini masih dalam pertimbangan.
Bagi memperkasa aktiviti tanam semula sawit pada 2026, beliau berkata dana berjumlah RM100 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, melibatkan kadar pembiayaan tanam semula masing-masing RM14,000 setiap hektar di Semenanjung Malaysia dan RM18,000 setiap hektar di Sabah dan Sarawak.
Daripada jumlah peruntukan itu, KPK menyasarkan sebanyak 5,900 hektar terlibat dengan aktiviti tanam semula dengan anggaran sebanyak 1,500 PKP akan menerima manfaat, katanya.
"Mekanisme ini mudah dilaksanakan dan diterima baik PKP sejak dilaksanakan 2024. Penambahbaikan skim ini akan terus dilaksanakan KPK dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan PKP terus terpelihara," katanya.
Menyentuh pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG), Johari berkata langkah itu telah memberi manfaat kepada 252,069 pekebun kecil dengan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM530 juta sehingga kini.
Bagi tahun ini dan 2026, beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM171 juta setahun bagi pelaksanaan program IPG.
Johari berkata KPK juga di peringkat akhir penyediaan cadangan penambahbaikan IPG kepada bentuk insentif berasaskan produktiviti.
"Melalui cadangan baharu ini, pekebun kecil yang mengeluarkan getah akan terus menerima insentif pengeluaran seperti sedia ada dengan tambahan insentif produktiviti sekiranya mereka mencapai tahap pengeluaran yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perladangan dan Komoditi
#JOHARI ABDUL GHANI
#kadar tanam semula dan produktiviti sawit
#pekebun kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan