awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis perbankan: Credit Suisse mohon pinjaman AS$53 bilion

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2023
03:53 MYT
Krisis perbankan: Credit Suisse mohon pinjaman AS$53 bilion
Saham Credit Suisse merosot sebanyak 30 peratus pada Rabu ke paras terendah sepanjang masa. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Credit Suisse pada Rabu mengumumkan akan meminjam sehingga 50 bilion Swiss franc (CHF), atau RM262 bilion daripada Bank Negara Switzerland ekoran sahamnya merudum minggu ini selepas diselebungi krisis kemungkinan gagal membayar hutang.
"Tujuan utama mengambil opsyen pinjaman daripada Bank Negara Switzerland adalah sebahagian usaha Credit Suisse mengambil tindakan tegas memperkuat likuiditi secara proaktif," kata bank itu dalam satu kenyataan.
Bank Switzerland itu menyatakan pinjaman tersebut akan dibuat di bawah fasiliti pinjaman yang dilindungi dan fasiliti likuiditi jangka pendek.
Mereka akan sepenuhnya diberi jaminan merenusi 'aset berkualiti tinggi', kata bank itu.
Credit Suisse juga memaklumkan, suntikan tunai itu akan menyokong perniagaan dan pelanggan mereka ketika ia mengambil beberapa langkah yang diperlukan untuk mencipta peluang lebih mudah dan berfokus pada keperluan pelanggan.
Credit Suisse turut mengumumkan akan membuat tawaran tunai bagi 10 sekuriti hutang utama yang denominasi dalam dolar dengan nilai keseluruhan $2.5 bilion, dan empat sekuriti lain yang denominasi dalam Euro sehingga 500 juta Euro.
Tawaran-tawaran ini akan tamat pada 22 Mac, kata bank itu.
"Langkah-langkah ini menunjukkan tindakan tegas untuk memperkuat Credit Suisse ketika kami terus melaksanakan transformasi strategik untuk memberikan nilai kepada pelanggan dan pemegang saham lain," kata CEO Credit Suisse, Ulrich Koerner dalam kenyataan tersebut.
Saham Credit Suisse merosot sebanyak 30 peratus pada Rabu ke paras terendah sepanjang masa setelah turun hampir 42 peratus sejak awal tahun.
Topic Berkaitan
#Credit Suisse
#krisis perbankan
#Switzerland National Bank
#sekuriti kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan