Skip to main content

Dunia

Individu pertama berjaya diselamatkan dari gua dinaiki air di Laos

This image released by Metta Tham Rescue Kalasin, Rescuers evacuate the first of five villagers, center, who had been trapped in a cave in Xaisomboun province, Laos, Friday, May 29, 2026. (Metta Tham Rescue Kalasin via AP)
Kumpulan berkenaan telah terperangkap selama 10 hari pada jarak beberapa ratus meter dari pintu masuk gua selepas hujan lebat menenggelamkan lombong emas itu dan mencetuskan kejadian tanah runtuh. - Gambar AP

BANGKOK: Individu pertama daripada lima orang yang terperangkap di dalam sebuah gua yang dilanda banjir di Laos berjaya diselamatkan, lapor agensi berita Jerman dpa memetik laporan perkhidmatan kecemasan MTK Thailand pada lewat Jumaat.

Empat lagi pelombong emas yang masih terperangkap akan dibawa keluar secara berperingkat, seorang demi seorang oleh pasukan penyelamat.

Kumpulan berkenaan telah terperangkap selama 10 hari pada jarak beberapa ratus meter dari pintu masuk gua selepas hujan lebat menenggelamkan lombong emas itu dan mencetuskan kejadian tanah runtuh.

Rakan sekerja yang berjaya melepaskan diri sebelum ini telah memberikan amaran bahaya, namun misi untuk menyelamatkan mereka terbukti amat berisiko berikutan keadaan terowong yang sempit, paras air yang tinggi serta risiko runtuhan yang kritikal.

Sementara itu, harapan untuk menemukan dua lagi lelaki yang masih hilang dilaporkan semakin tipis.

--BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement