KUALA LUMPUR: Walaupun dunia tidak mengalami krisis kewangan global pada masa ini namun, pengajaran lepas menunjukkan krisis perbankan yang menyeluruh mungkin membawa kepada kekurangan dolar AS di peringkat global sekali gus mengekang perdagangan global serta menjejaskan harga komoditi termasuk minyak sawit mentah (MSM).
Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjelaskan ini kerana dolar AS adalah mata wang dominan dalam pasaran pertukaran asing global, dengan hampir 90 peratus bahagian pasaran.
"Memandangkan dominasi dolar AS dalam perdagangan global, kekurangan mata wang ini mungkin menjejaskan import dan eksport seperti dialami ketika krisis kewangan global 2007-2008, apabila bank bukan Amerika Syarikat (AS) tiba-tiba mengalami kekurangan setelah firma kewangan AS tidak mahu meminjamkan dolar AS kepada kaunter mata wang asing mereka.
"Walaupun krisis perbankan kini mungkin berbeza daripada krisis kewangan global era dahulu namun, kekurangan global dolar AS masih boleh mengakibatkan gangguan perdagangan yang tidak diingini (walaupun lebih banyak negara mempelbagaikan selain daripada perdagangan dalam denominasi dolar AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini), penambahan inventori dan tekanan harga komoditi global," tambahnya dalam nota penyelidikan pada Isnin.
Menurut bank pelaburan itu pada 2008, harga niaga hadapan MSM merosot 68 peratus kepada RM1,390 satu tan pada Oktober daripada RM4,330 satu pada Mac tahun yang sama disebabkan krisis kewangan global.
Maybank IB mengingatkan bahawa walaupun MSM menyumbang kira-kira satu pertiga kepada pengeluaran minyak dan lemak global pada 2022, bahagiannya dalam eksport global jauh lebih tinggi iaitu pada 54 peratus.
"Ini menjadikan MSM lebih terdedah kepada kekurangan dolar AS berbanding minyak makan lain. Malah, sebelum krisis perbankan ini, beberapa negara pengimport sudah kekurangan dolar AS seperti Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara Afrika.
"Kami kekal neutral dalam sektor ini dengan andaian bahawa bank-bank pusat akan belajar daripada masa lalu dengan mengambil langkah awal bagi mengelakkan krisis kewangan global yang lain," tambahnya.
Bank pelaburan itu menekankan jika bank-bank pusat di barat gagal menangani krisis perbankan ini, seluruh dunia mungkin turut terjejas secara tidak langsung. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Kekurangan dolar AS di peringkat global sekali gus mengekang perdagangan global serta menjejaskan harga komoditi termasuk minyak sawit mentah (MSM). - Gambar hiasan

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Harga petrol RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM3.35 seliter kepada RM3.37 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jun.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.
![[KOLUMNIS] Peranan subsidi bersasar dalam ekonomi manusiawi [KOLUMNIS] Peranan subsidi bersasar dalam ekonomi manusiawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685161811_RON.jpg)
[KOLUMNIS] Peranan subsidi bersasar dalam ekonomi manusiawi
Menurut Perdana Menteri golongan kaya dan industri besar tidak seharusnya menikmati manfaat daripada subsidi yang dikhaskan bagi membantu rakyat terkesan.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25-31 Mei
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 25 hingga 31 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Harga petrol, diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dagangan Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal urus niaga
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.44 mata kepada 1,423.36 daripada 1,422.92 pada penutupan Jumaat lepas.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11-17 Mei
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.

Harga petrol, diesel tidak berubah bagi tempoh 4-10 Mei
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah bagi tempoh 4 hingga 10 Mei ini.

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini menongkah arus berbanding aliran serantau, meskipun prestasi lemah dolar AS.

Kegiatan memburu saham murah dorong dagangan Bursa Malaysia kembali meningkat
Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 1.17 mata kepada 1,415.42 daripada 1,414.25 penutup Rabu.