Skip to main content

Dunia

Tashima dari Jepun sertai saingan pemilihan Presiden FIFA

Kozo Tashima (gambar) menjadi calon pertama Jepun bertanding jawatan Presiden FIFA, mencabar Gianni Infantino selepas mengemukakan pencalonan dengan sokongan persatuan ahli mencukupi. - Foto Stadium Astro
Kozo Tashima (gambar) menjadi calon pertama Jepun bertanding jawatan Presiden FIFA, mencabar Gianni Infantino selepas mengemukakan pencalonan dengan sokongan persatuan ahli mencukupi. - Foto Stadium Astro
Advertisement

TOKYO: Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) Kozo Tashima secara rasmi menyertai persaingan bagi jawatan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), menurut JFA pada Rabu selepas mengemukakan dokumen pencalonan yang diperlukan kepada badan induk bola sepak dunia itu, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pencalonan Tashima akan tertakluk kepada semakan kelayakan dan integriti FIFA sebelum beliau disahkan secara rasmi sebagai calon bagi pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada Mac semasa Kongres FIFA di Rabat, Maghribi.

Bekas pemain kebangsaan Jepun berusia 68 tahun itu merupakan calon pertama dari Jepun yang bertanding bagi jawatan tertinggi FIFA berkenaan.

Advertisement

Jika diluluskan, beliau akan mencabar penyandang Presiden FIFA Gianni Infantino yang mahu mempertahankan jawatannya.

Peraturan FIFA menetapkan seseorang calon perlu dicalonkan oleh sekurang-kurangnya lima persatuan ahli.

Advertisement

Tashima berkata beliau telah memperoleh sokongan yang diperlukan dan menzahirkan penghargaan kepada persekutuan yang menyokong pencalonannya.

"Bola sepak Jepun membina asasnya berteraskan etika yang kukuh serta pengurusan organisasi yang mantap.

Di FIFA, saya mahu mempromosikan tadbir urus yang lebih kukuh dan pentadbiran yang lebih telus," kata Tashima dalam kenyataan.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

Must Watch Video

Advertisement