awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kulim (Malaysia) Bhd lancar logo baharu, perkenal pelan transformasi syarikat

Haikal Raman
Haikal Raman
02/09/2021
02:07 MYT
Kulim (Malaysia) Bhd lancar logo baharu, perkenal pelan transformasi syarikat
Kulim (Malaysia) Bhd melancarkan logo baharu bersempena dengan ulangtahun ke-88 syarikat selain memperkenalkan pelan transformasi baharu. - Foto Kulim (Malaysia) Bhd
JOHOR BAHRU: Kulim (Malaysia) Bhd. (Kulim) terus komited dalam meningkatkan pertumbuhan syarikat menerusi pelan transformasi baharu yang diperkenalkan sempena sambutan ulangtahun ke-88.
Pengarah Urusannya, Mohd. Faris Adli Shukery berkata, krisis pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini dilihat membuka peluang transformasi dalam menyesuaikan syarikat dengan keadaan semasa dan tanpa menjejaskan pertumbuhan Kulim.
“Pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat tidak aktif serta penambahbaikan terhadap struktur organisasi. Langkah yang diambil ini dijangka selesai pada hujung tahun ini.
“Disamping mengembangkan perniagaan huluan, tanaman bernilai tinggi dan kawasan pertumbuhan baharu, khususnya pertanian pintar atau bersepadu juga pengurusan ternakan, kami turut meneroka aktiviti hiliran yang akan menyumbang kepada margin keseluruhan nilai rantaian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bersempena sambutan ulangtahun tersebut, Kulim turut melancarkan logo dan video korporat baharu sebagai simbol transformasi syarikat.
Kulim (Malaysia) Bhd. merupakan antara syarikat perladangan kelapa sawit yang pertama di Malaysia mendapat perakuan lestari RSPO.
Kulim (Malaysia) Bhd. merupakan antara syarikat perladangan kelapa sawit yang pertama di Malaysia mendapat perakuan lestari RSPO.
Menurut Mohd Faris, pihaknya menyasarkan untuk tersenarai di Bursa Malaysia dengan menjadikan tawaran awam awal (IPO) sebagai sebahagian daripada matlamat strategik dalam meningkatkan kelestarian dan kapasiti perniagaan.
“Perancangan transformasi Kulim diyakini mampu mencapai objektif ditetapkan seiring dengan pendapatan jangka panjang syarikat yang mampan selain turut akan memberi manfaat kepada pemegang saham dan pemegang taruh lain,” ujarnya.
Sementara itu, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-88, Kulim melancarkan dua kempen iaitu #kulim88 dan #kulimpeduli bertujuan membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.
Bantuan ini bakal disalurkan kepada 1,500 penerima di seluruh negara selain mendapat kerjasama menerusi kolaborasi daripada pelbagai pihak termasuk Yayasan Jcorp, MyFundAction, dan agensi strategik tempatan Johor yang lain.
Kempen #kulim88 yang berlangsung pada 6 Ogos lalu berakhir kelmarin (29 Ogos 2021) manakala, kempen #kulimpeduli yang bermula pada 1 September dan akan berakhir pada Disember akan datang.
Topic Berkaitan
#Kulim Malaysia Bhd
#COVID-19
#Pelan Transformasi
#logo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan