awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon

Bernama
Bernama
22/12/2023
09:35 MYT
Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon
Ewon berkata dalam tahun ini juga Kuskop telah memperkenalkan dan melaksanakan lebih 22 program, skim dan bantuan baharu melalui lapan agensinya. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berjaya melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini, kata Menterinya Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata Kuskop serta 10 agensi di bawah kementerian itu telah berjaya melaksanakan sebanyak 187 program di seluruh negara setakat November lepas yang memberikan manfaat besar kepada pembangunan usahawan di negara ini.
"Program itu memberi manfaat kepada 755,909 usahawan terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta usahawan koperasi," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Ewon berkata dalam tahun ini juga Kuskop telah memperkenalkan dan melaksanakan lebih 22 program, skim dan bantuan baharu melalui lapan agensinya.
Katanya agensi-agensi pelaksana itu termasuk Tekun Nasional, SME Bank, UDA Holding Berhad, Institut Keusahawanan Negera (INSKEN), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corp Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Katanya Kuskop juga melaksanakan sebanyak 15 inisiatif baharu termasuklah Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), Skim Pembiayaan Usahawan Kraf, Skim Pembiayaan Sosial, Skim Insentif Kelestarian dan Skim Juara Lestari.
Inisiatif lain ialah Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS), Kursus Urus Tunai (KUT) Lanjutan, BRPlus, BRTani, BRJohorniaga, Rakyat2E, Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro Madani) dan Program Bumiputera Enterprise Enhancement (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak.
"Kuskop melalui SKM turut memperkenalkan semula Program Young Entrepreneurs Strive For Success (YESS) yang tertunda pelaksanaannya sejak 2019 ekoran pandemik Covid-19," katanya.
Ewon berkata selain itu IKMa melaksanakan dua program baharu tahun ini iaitu Program Bimbingan Bersasar Koperasi Besar dan Kursus Wajib PLUS (Program Lanjutan Tadbir Urus Lembaga Koperasi).
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan latihan, sekali gus melahirkan usahawan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata INSKEN telah membuka cawangan pertamanya di Sabah pada Mei tahun ini dan cawangan kedua di Sarawak pada Oktober juga tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#Kuskop
#Ewon Benedick
#Usahawan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan