awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula

Bernama
Bernama
28/12/2025
20:30 MYT
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Ini merupakan kali pertama Republik Afrika Tengah menganjurkan pilihan raya yang begitu kompleks, yang menimbulkan pelbagai cabaran. - AP
BANGUI: Proses pengundian bagi pilihan raya presiden, parlimen, wilayah dan perbandaran bermula pada pagi Ahad di Republik Afrika Tengah, dengan pusat mengundi di seluruh negara dibuka pada 6 pagi waktu tempatan (0500 GMT) dan dijadual ditutup pada 6 petang (1700 GMT), lapor Xinhua.
Kira-kira 2.3 juta pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka, kata Presiden Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan, Mathias Barthelemy Morouba, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook agensi itu sehari sebelum pengundian.
"Ini merupakan kali pertama negara kita menganjurkan pilihan raya yang begitu kompleks, yang menimbulkan pelbagai cabaran dan memerlukan respons sewajarnya, dengan harapan persiapan selama berbulan-bulan akan membuahkan hasil melalui pelaksanaan pengundian yang berjaya dan lancar," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa "sebarang cubaan penipuan pilihan raya, manipulasi atau keganasan bukan sahaja bertentangan dengan semangat demokrasi, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang."
Seramai tujuh calon bertanding bagi merebut jawatan presiden, termasuk penyandang Faustin-Archange Touadera, yang telah memegang jawatan itu sejak 2016 dan kini bertanding untuk penggal ketiga. Pencabar utama beliau ialah bekas perdana menteri, Anicet-Georges Dologuele dan Henri-Marie Dondra.
Keputusan sementara bagi pilihan raya presiden dijangka diumumkan pada 5 Jan 2026. Sekiranya tiada calon memperoleh majoriti mutlak, pilihan raya pusingan kedua akan diadakan antara dua calon teratas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#Republik Afrika Tengah
#undi
#demokrasi
#keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan