KUALA LUMPUR: Kutipan cukai langsung bagi 2021 setakat Julai berjumlah RM67.4 bilion atau 56.2 peratus daripada sasaran, manakala cukai tidak langsung mencatatkan kutipan sebanyak RM24.8 bilion atau 59 peratus daripada sasaran, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Bagi 2021, sasaran kutipan hasil cukai adalah berjumlah RM162.1 bilion, yang merupakan 10.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ia merangkumi kutipan cukai langsung sebanyak RM120.0 bilion dan cukai tidak langsung berjumlah RM42.1 bilion.
"Prestasi kutipan hasil bagi separuh pertama 2021 adalah rendah berbanding dengan anggaran dan kutipan seterusnya dijangka berkurangan ekoran pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menjejaskan aktiviti perniagaan dan pendapatan peniaga, selain menyebabkan pertambahan mereka yang kehilangan pendapatan," menurut MoF dalam Kenyataan Pra-Belanjawan 2022 yang dikeluarkan pada Selasa.
Sebagai langkah membantu golongan dan sektor terjejas, inisiatif percukaian yang dianggar berjumlah RM3 bilion telah dilaksanakan melalui Belanjawan 2021 dan pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sepanjang 2021 iaitu Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI); Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), PEMERKASA Tambahan serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Antara inisiatif utama merangkumi sektor kesihatan, perlindungan rakyat, sektor perniagaan dan sektor pelaburan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
MOF berkata, sebagai langkah membantu golongan dan sektor terjejas, inisiatif percukaian yang dianggar berjumlah RM3 bilion telah dilaksanakan melalui Belanjawan 2021. - Gambar fail
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan kemiskinan, ketaksamaan
Sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan adalah minimum dari segi KDNK.
PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.
Harga petrol, diesel kekal dari 31 Ogos hingga 6 September
RON97 akan kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter)
Firma AS minat teroka kemasukan operasi perniagaan baharu ke Malaysia
Steven Sim berkata AMCHAM menekankan kepentingan kesinambungan kawal selia untuk membantu memudahkan menjalankan perniagaan.
Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF
Beri peluang kepada orang ramai secara sukarela bayar cukai yang bertanggungan tanpa penalti atau pada kadar sifar peratus.
MOF serah kepada Bank Negara cari remedi kukuhkan ringgit
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut.
Muhyiddin dakwa tetap akan diheret ke mahkamah atas arahan pihak tertinggi pentadbiran negara
Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau
Cukuplah mercu tanda sedia ada, saya tak berhajat buat satu lagi - Anwar
Tumpuan sebaliknya diberikan kepada aspek kemampanan pembangunan sesebuah bandar terutama di ibu kota Kuala Lumpur.
Kebakaran di Kementerian Kewangan: Tiada kecederaan, kerugian - MoF
Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku kebakaran melibatkan bilik sampah di kompleks kementerian itu di sini pada Selasa.