Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan tiada kehilangan wang RM19.4 bilion kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.
Pada masa sama, kerajaan sebelum ini telah terlebih anggar hasil GST bersih yang dikutip pada kadar 65 peratus daripada jumlah kutipan hasil GST.
Ia adalah antara enam rumusan dibuat PAC yang memulakan prosiding mengenai isu berkenaan sejak 12 September tahun lalu melibatkan 12 saksi.
Pengerusinya Datuk Noraini Ahmad berkata, kerajaan sebelum ini telah memasukkan semua hasil kutipan GST ke dalam Akaun Hasil Disatukan terlebih dahulu dan kemudiannya dipindahkan secara berperingkat apabila diperlukan dan seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pembayaran Balik GST ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST.
BACA: Laporan tuntutan tunggakan GST dibentang esok - PAC
"Penetapan dasar untuk memindahkan 35 peratus daripada jumlah kutipan hasil GST bagi setiap tahun dari Kumpulan Wang Disatukan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST apabila diperlukan adalah tidak mencukupi untuk menampung permohonan pembayaran balik GST.
BACA: Najib bidas Guan Eng ekoran dakwaan 'wang GST tidak hilang'
"Berdasarkan keterangan ketika prosiding, PAC Parlimen mendapati kadar penetapan dasar sewajarnya adalah sekurang-kurangnya 42 peratus," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Isnin.
Justeru, PAC mengemukakan dua syor kepada kerajaan iaitu pentadbiran Kerajaan perlu memastikan pematuhan penuh undang-undang negara khasnya dalam pelaksanaan tatacara kewangan supaya sistem pentadbiran kewangan lebih teratur dan berakauntabiliti.
Selain itu, pegawai-pegawai Kerajaan yang telah diamanahkan perlu sentiasa menasihati pentadbiran kerajaan tentang undang-undang, prosedur dan maklumat perangkaan tanpa perlu ada rasa gentar atau pilih kasih terutamanya dalam mengamalkan perancangan aliran tunai dan disiplin kewangan fiskal yang lebih berakauntabiliti.
Astro Awani
Mon Jul 15 2019
Noraini ketika sidang media berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 di Bangunan Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.
Belanjawan 2024: Perlu agresif tingkatkan pendapatan lebih berkesan - Pakar Ekonomi
Rajah berpendapat, kerajaan dilihat tidak mempunyai strategi untuk menambah pendapatan secara berkesan.