awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP: RM25.1 bln telah digunakan untuk Simpanan Shariah sehingga semalam

Bernama
Bernama
15/08/2016
07:39 MYT
KWSP: RM25.1 bln telah digunakan untuk Simpanan Shariah sehingga semalam
Ahli diingatkan bahawa tarikh tutup pendaftaran Simpanan Shariah 2017 ialah pada 23 Dis 2016, tertakluk kepada peruntukan dana RM100 bilion tersebut. - Gambar fail
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa setakat Ahad, 14 Ogos 2016, sebanyak 25.09 peratus atau RM25.1 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017 telah digunakan sejak tarikh pendaftaran dibuka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata jumlah pendaftaran Simpanan Shariah pada minggu pertama sangat memberangsangkan, dan menjangkakan lebih ramai ahli akan mendaftar untuk Simpanan Shariah 2017.
Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata sehingga kini, sebanyak 208,795 pendaftaran terkumpul bagi Simpanan Shariah dicatat, dan secara puratanya lebih 40,000 pendaftaran sehari direkodkan pada minggu pertama.
"Ahli diingatkan bahawa tarikh tutup pendaftaran Simpanan Shariah 2017 ialah pada 23 Dis 2016, tertakluk kepada peruntukan dana RM100 bilion tersebut," katanya.
Mengenai kebimbangan ahli yang tidak dapat mendaftar sebelum tarikh tutup, Shahril memberi jaminan bahawa pendaftaran bukan merupakan acara sekali sahaja, dan ahli masih berpeluang untuk mendaftar Simpanan Shariah pada tahun berikutnya.
"Kami menjangkakan antara RM20 bilion ke RM30 bilion akan disuntik ke dalam Simpanan Shariah setiap tahun, tertakluk kepada permintaan ahli dan ketersediaan aset.
"Ahli masih boleh menukar kepada Simpanan Shariah pada masa hadapan walaupun jumlah peruntukan permulaan RM100 bilion telah digunakan pada 2017," katanya.
Topic Berkaitan
#KWSP
#Shahril Ridza Ridzuan
#Simpanan Shariah 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan