KUALA LUMPUR: Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur secara mampan dan mengukuhkan komitmennya terhadap konsep agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pasaran modal negara tetapi juga rakyat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
KWSP merupakan dana pencen dan pelabur institusi terbesar di Malaysia.
Beliau berkata, didorong oleh komitmennya terhadap dua matlamat pelaburan mampan yang menyeluruh iaitu pematuhan ESG menjelang 2030 dan portfolio neutral iklim menjelang 2050, Polisi Pelaburan Lestari KWSP, Dasar Isu Keutamaan, dan Dasar Sektor Keutamaan, KWSP berada di landasan yang betul ke arah mencapai objektif pelaburan mampannya.
Ini merupakan langkah tambahan dalam usaha memperkukuh amalan yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan bertanggungjawab secara sosial, serta tadbir urus korporat yang kukuh, dalam kalangan syarikat penerima pelaburannya.
"Kerajaan percaya bahawa dengan menginstitusikan dasar ESG dalam pelaburan KWSP, manfaatnya akan dapat dirasai sepanjang rantaian nilai pasaran modal Malaysia , yang juga akan memanfaatkan Rakyat," katanya pada pelancaran polisi pelaburan lestari KWSP di sini, pada Khamis.
Tengku Zafrul berkata, malahan, jaminan daripada kesemua 16 Pengurus Dana Luaran KWSP untuk menerapkan pertimbangan ESG dalam membuat keputusan pelaburan mereka dan bekerjasama dengan KWSP untuk mempromosikan agenda ESG merupakan satu titik permulaan yang baik.
Bagaimanapun, katanya, dalam usaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dengan menyelaraskan dasar-dasar dengan piawaian atau rangka kerja global, prinsip dan pendekatannya mesti disesuaikan dengan objektif nasional, serta keperluan tempatan.
Ini adalah untuk memastikan peralihan yang adil dan saksama yang mengiktiraf ciri-ciri unik, kekuatan dan cabaran setiap negara dalam mencapai objektif tersebut, katanya.
Menurutnya, dengan penelitian global terhadap standard buruh yang meningkat secara beransur-ansur kerajaan yakin Dasar Kesejahteraan Pekerja KWSP akan mengukuhkan lagi amalan buruh dalam kalangan badan korporat Malaysia di samping membuktikan komitmen negara untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja.
Dari segi sosial, beliau berkata, pantauan mengenai amalan buruh Malaysia kian meningkat terutamanya layanan terhadap buruh asing oleh syarikat korporat di Malaysia dan ia mempunyai kesan buruk yang ketara bukan sahaja terhadap keuntungan perniagaan tetapi juga terhadap reputasi negara secara keseluruhan.
Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan mampan berlandaskan konsep ESG menjadi semakin penting, dan tidak lagi terhad kepada negara maju, katanya.
Menurut Bloomberg Intelligence, aset ESG global berada di landasan yang tepat untuk melangkaui US$53 trilion menjelang 2025, menyumbang lebih daripada satu pertiga jumlah aset yang diuruskan dalam lingkungan US$140.5 trilion.
Peningkatan permintaan untuk aset ESG tidak menghairankan memandangkan prestasi pulangan yang lebih baik dalam jangka masa panjang. Bagi pulangan tahunan untuk tempoh tiga, lima dan 10 tahun, sebagai contoh, indeks MSCI Malaysia ESG Leaders 1 jelas mengatasi indeks MSCI Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata Kementerian Kewangan telah pun memulakan langkah-langkah khusus untuk memastikan kementerian yang lain berbelanja mengikut jangkaan kemampanan yang ditetapkan,
"Untuk mengekalkan momentum proses penyelarasan ini, pelabur institusi mesti berkongsi data utama tentang bagaimana setiap industri di dalam ekosistem mereka 'membentuk diri' masing-masing dari segi kemampanan," katanya.
Ini akan membolehkan dasar masa depan diubah suai dengan sewajarnya untuk meningkatkan penyesuaian iklim Malaysia dan strategi mitigasi krisis secepat mungkin, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Tengku Zafrul berkata, KWSP merupakan dana pencen dan pelabur institusi terbesar di Malaysia. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.
Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful
Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan permohonan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan secara bersasar.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.