PRN Sabah: BN umum calon seminggu sebelum hari penamaan - Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan nama calon dan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 seminggu sebelum hari penamaan calon, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan nama calon dan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 seminggu sebelum hari penamaan calon, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
- BN akan umum calon dan kerusi ditandingi untuk PRN Sabah ke-17 seminggu sebelum penamaan calon dan tidak bertanding di semua 73 kerusi DUN.
- Ahmad Zahid Hamidi menegaskan BN tidak akan bekerjasama dengan GRS tetapi terbuka bekerjasama dengan parti lain untuk bentuk kerajaan negeri.
- BN sasar bangkit selepas kalah pada PRN Sabah 2020 dan kini sudah menerima senarai calon bagi setiap DUN.
Beliau turut mengulangi pendirian BN untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN kali ini, namun mengakui ia memerlukan kerjasama politik dengan parti lain untuk membentuk kerajaan negeri.
"Setakat ini tiada penganalisis sebut ada parti atau gabungan boleh bentuk kerajaan dengan majoriti, ertinya realiti politik Sabah mesti ada jalinan terutama kerjasama semasa prapilihan raya dan pascapilihan raya," katanya.
Terdahulu, semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara itu, Ahmad Zahid berkata beliau telah menerima senarai calon dengan sekurang-kurangnya tiga hingga lima bagi setiap DUN yang akan ditandingi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, penamaan calon pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov.
Pada 6 Okt, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberikan laluan kepada pilihan raya negeri itu.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami