Langkah-langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan kecairan pasaran pertukaran asing akan membantu menyokong ringgit daripada terus jatuh, kata Naib Presiden bagi Pembangunan Korporat dan Penyelidikan Pasaran ForexTime, Jameel Ahmad.
Beliau berkata langkah-langkah tersebut diperkenalkan untuk menyokong ringgit dan menambah baik permintaan terhadap mata wang tempatan itu.
BNM mengumumkan pada Jumaat lepas beberapa inisiatif untuk membangunkan pasaran kewangan dalam negara secara kerjasama dengan Jawatankuasa Pasaran Kewangan.
Langkah-langkah itu yang berkuat kuasa pada Isnin, termasuklah liberalisasi dan penyahkawalseliaan pasaran perlindungan nilai dalam denominasi ringgit dalam negeri, menyelaraskan pengolahan pelaburan dalam aset mata wang asing dan insentif dan pengolahan hasil perolehan eksport.
"Apabila anda menimbang faktor di sebalik kelemahan ringgit adalah disebabkan keadaan tidak menentu pasaran luar dan bukan disebabkan kebimbangan terhadap prestasi ekonomi tempatan, langkah-langkah yang diperkenalkan baru-baru ini dijangka membantu menyokong mata wang daripada terus jatuh.
"Saya tidak terkejut sekiranya bank pusat lain di pasaran sedang pesat membangun juga akan memperkenalkan langkah-langkah untuk menyokong kitaran dan permintaan bagi mata wang mereka masing-masing," kata Jameel kepada Bernama.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM399.643 bilion (AS$96.4 bilion) pada 30 November 2016 berbanding RM407.839 bilion (AS$98.3 bilion) pada 15 November 2016.
Bank Pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab antarabangsa rendah itu mencerminkan sokongan kecairan dalam pasaran pertukaran asing.
Paras rizab pada 30 November 2016 itu mencukupi untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan merupakan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Ringgit, sama seperti mata wang Asia lain, terjejas disebabkan oleh kekukuhan dolar AS susulan kemenangan mengejut Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 8 November.
Pakar Ekonomi Negara Bank Dunia Shakira Teh Sharifuddin berkata langkah-langkah baharu BNM untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran pertukaran asing bagi menstabilkan penurunan ringgit, dilihat sebagai satu langkah yang sesuai.
"Ia merupakan tanggungjawab bank pusat untuk melaksanakan langkah-langkah bagi merangsang ringgit yang semakin lemah," katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan Prospek Ekonomi Nasional 2017-2018, di sini, pada Rabu. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 08 2016
BNM mengumumkan pada Jumaat lepas beberapa inisiatif untuk membangunkan pasaran kewangan dalam negara secara kerjasama dengan Jawatankuasa Pasaran Kewangan. - Gambar fail
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.