SEPANG: Syarikat penerbangan Kemboja, Lanmei Airlines akan mengendalikan penerbangan terus setiap minggu di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh (PNH) Kemboja dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkuat kuasa semalam.
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan penerbangan PNH-KLIA pada setiap Sabtu.
Ketua Pegawai Operasi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Darren Chan Chee Seng berkata, syarikat penerbangan itu berhasrat meningkatkan kekerapan penerbangan daripada sekali seminggu pada masa ini kepada dua kali seminggu, dan seterusnya, melaksanakan penerbangan harian sekiranya menerima permintaan yang tinggi.
"Pengembara pada masa ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat Malaysia yang pulang dari bekerja di Kemboja, kumpulan pelancong dari Kemboja yang melawat Malaysia, selain turut menghubungkan penumpang dari China ke Malaysia.
"Malaysia merupakan lokasi yang amat strategik (untuk pelancongan). Rakyat Kemboja kini lebih bijak untuk mengembara.
"Mereka mengembara ke Bangkok (Thailand), Malaysia dan Singapura pada masa ini untuk membeli-belah, dan dengan ekonomi yang berkembang di Kemboja, lebih ramai rakyatnya akan melancong ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan penerbangan sulung syarikat penerbangan itu ke KLIA di sini pada Sabtu.
Hadir sama Atase Komersial Kedutaan Kemboja di Malaysia Hao Ann dan Timbalan Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Penerbangan Malaysia Airports Holdings Bhd Mohamed Sallauddin Mat Sah.
Mohamed Sallauddin dalam ucapannya berkata, kewujudan laluan baharu Lanmei Airlines ke KLIA akan memperkukuhkan lagi kesalinghubungan udara lapangan terbang itu, dan seterusnya menggalakkan ketibaan pelancong di antara kedua-dua negara.
"Dengan adanya Lanmei Airlines di Malaysia, ia akan menjadi satu-satunya syarikat penerbangan berpangkalan di Kemboja yang memberikan perkhidmatan ke laluan tersebut, dan sebagai peluang untuk pertumbuhan masa depan.
"Ini adalah berita baik untuk Malaysia memandangkan perjalanan udara menunjukkan isyarat pemulihan dengan kelonggaran sekatan sempadan secara perlahan-lahan di banyak negara," katanya.
Penerbangan Lanmei Airlines LQ770 berlepas dari Phnom Penh pada 2 petang dan penerbangan pergi balik LQ771 berlepas dari KLIA pada 6 petang hari yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022

Syarikat penerbangan itu berhasrat meningkatkan kekerapan penerbangan daripada sekali seminggu pada masa ini kepada dua kali seminggu. - Foto Facebook/Lanmei Airlines
Anwar bidas keputusan unilateral sesetengah negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keputusan unilateral diambil oleh sesetengah negara, kerana ia hanya menunjukkan kuasa dan keangkuhan serta tidak mempedulikan kepentingan terutama negara kecil.
PM Anwar seru tingkatkan dialog antara peradaban
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru agar ditingkatkan dialog yang konstruktif dan bermaruah antara peradaban, di samping menekankan bahawa penglibatan sedemikian mesti diasaskan atas pengiktirafan bersama terhadap maruah, kekuatan dan kepelbagaian budaya.
Pelan Induk Perdagangan Pengedaran 2025-2035 digubal - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menggubal Pelan Induk Perdagangan Pengedaran 2025-2035, yang dijangka akan dilancarkan selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini.
Pemandu Maserati warga Singapura tidak mengaku
Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27, yang juga seorang penjawat awam di republik berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
1,500 pokok ketum haram di tanah rizab dimusnahkan
JSJ Hilir Perak berjaya memusnahkan 1,500 tanaman pokok ketum haram petang tadi.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga emas hilang ditemukan lemas
Tragedi menyayat hati menimpa seorang warga emas, Saudah Mat Zin, 71 tahun, yang dilaporkan hilang semalam dan akhirnya ditemui lemas di Sungai Setol, Bukit Jawa, Selising.
Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan polis serta bomba menemukan mayat mangsa pada tengah hari tadi.
Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan polis serta bomba menemukan mayat mangsa pada tengah hari tadi.
TLDM siasat insiden bot hilang kawalan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai hilang kawalan semasa melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada Khamis.
Polis sahkan pelanggaran bot pasukan keselamatan di Langkawi
Polis sahkan insiden pelanggaran melibatkan bot pasukan keselamatan dengan sebuah bot pelancong ketika menjalani latihan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Langkawi.
Polis Kedah rampas bunga ganja bernilai RM1.6 juta
Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh, berkata kegiatan sindiket itu terbongkar selepas dua transporter iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang warga Thailand ditahan di ICQS itu.Polis Kedah

Lanmei Airlines laksana penerbangan terus setiap minggu
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan penerbangan PNH-KLIA pada setiap Sabtu.