Laporan daya saing dunia yang meletakkan Malaysia di tangga ke-22 tidak langsung menggambarkan ekonomi domestik semasa.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Yusof Saari berkata meskipun Malaysia berada di hadapan Jepun, Belgium dan Korea Selatan namun dari segi indeks produktiviti dan ketidakseimbangan pendapatan, Malaysia jauh ketinggalan.
“Meskipun kita menduduki tangga ke 22 (laporan daya saing) namun jika dibandingkan dengan pencapaian lain seperti produktiviti, Malaysia ketinggalan.
“Produktiviti Korea Selatan 21 peratus lebih tinggi dari Malaysia manakala Belgium 77 peratus lebih tinggi dari Malaysia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dr Yusof berkata meskipun laporan itu mengambarkan tahap keyakinan komuniti perniagaan terhadap ekonomi Malaysia namun ia tidak boleh dijadikan petunjuk tahap kesihatan ekonomi domestik.
“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada laporan ini kerana ia tidak langsung memberikan makna kepada ekonomi domestik.
“Jika kita lihat indeks daya saing Belgium, Jepun dan Korea adalah selari dengan indeks ekonomi domestik mereka termasuk produktiviti dan pendapatan namun Malaysia tidak.
“Daya saing kita lebih tinggi dari tiga negara itu namun petunjuk ekonomi lain tidak selari dan ini sangat berbahaya,” tambahnya.
BACA: Malaysia dahului Jepun bagi berdaya saing 2019
Laporan daya saing dunia 2019 dikeluarkan IMD World Competitiveness Centre (CWY) menilai ekonomi berdasarkan kepada empat faktor input daya saing iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan prasarana dengan setiap satu merangkumi lima sub-faktor.
Najib Aroff
Wed May 29 2019
DR YUSOF: "Daya saing kita lebih tinggi dari tiga negara itu namun petunjuk ekonomi lain tidak selari dan ini sangat berbahaya" - Foto Fail/FACEBOOK
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Laporan daya saing tidak langsung gambarkan ekonomi Malaysia - Pakar
Meskipun Malaysia menduduki tangga ke 22 (laporan daya saing) namun jika dibandingkan dengan pencapaian lain seperti produktiviti, Malaysia ketinggalan.
Malaysia dahului Jepun bagi laporan berdaya saing 2019
Malaysia merekodkan skor 82.54 daripada 100 mata sekaligus mencerminkan sentimen positif komuniti perniagaan terhadap kerajaan baharu.