awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amerika akan tentukan syarikat minyak yang boleh beroperasi di Venezuela - Donald Trump
Liga Super: Jaringan lewat Hidalgo selamatkan maruah JDT
Tiga rumah terbakar di Kampung Kubang Buyung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar

Bernama
Bernama
19/11/2024
02:45 MYT
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar (tengah) bersama-sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada sidang media bersama wartawan Malaysia. - Gambar Bernama
RIO DE JANEIRO : Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (AS$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, nilai potensi eksport itu adalah hasil daripada perbincangan dengan pemimpin korporat dan industri daripada 28 syarikat terkemuka dan persatuan perniagaan di Brazil.
"Ia melibatkan 58 pemimpin industri. Dalam mesyuarat meja bulat ini, kita berjaya menghasilkan potensi eksport RM6.8 bilion (AS$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang," kata Anwar dalam sidang media akhir beliau pada Isnin.
Beliau berkata, lawatan itu juga berjaya meneroka peluang kolaborasi perniagaan yang akan meningkatkan lagi hubungan perdagangan antara Malaysia dan Brazil.
Syarikat Brazil yang terlibat termasuk syarikat terkemuka yang telah mengimport barangan dan perkhidmatan Malaysia bernilai RM1.16 bilion (AS$267.1 juta) pada 2023.
Malaysia dan Brazil mempunyai hubungan kerjasama yang rapat dalam pelbagai bidang di peringkat dua hala dan pelbagai hala dalam isu-isu berkepentingan bersama.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Brazil bagi tempoh Januari hingga September 2024 menunjukkan peningkatan sebanyak 19.8 peratus kepada RM14.83 bilion (AS$3.2 bilion) berbanding RM12.38 bilion (AS$2.74 bilion) bagi tempoh sama pada 2023.
Tahun lepas, Brazil adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Amerika Latin, selepas Mexico.
Sebanyak RM8.64 bilion (AS$2.73 bilion) pelaburan dari Brazil direkodkan merangkumi sektor pembuatan makanan, produk getah, peralatan pengangkutan dan hab pengedaran global. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#potensi eksport Brazil
#lawatan rasmi
#lawatan sulung PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan