awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 250,000 hadiri upacara pengebumian Pope Francis

Agensi
Agensi
26/04/2025
23:10 MYT
Lebih 250,000 hadiri upacara pengebumian Pope Francis
Majlis pengebumian Pope Francis berlangsung di Dataran St Peter di Vatican, 26 Apr 2025. REUTERS
VATICAN CITY: Pope Francis disemadikan dalam satu upacara penuh istiadat di Vatican pada Sabtu, disaksikan oleh lebih 250,000 orang yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Upacara pengebumian itu berlangsung di Dataran St Peter, dengan ribuan penganut Katolik dari seluruh dunia membanjiri kawasan berkenaan sejak awal pagi.
Suasana penuh hiba menyelubungi perkarangan basilika terbesar dunia itu apabila jenazah pemimpin tertinggi Gereja Katolik itu dibawa ke persemadian terakhirnya.
Pope Francis, yang merupakan Pope ke-266 dan dikenang atas usahanya memperbaharui gereja serta memperjuangkan keadilan sosial, menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun.
Sepanjang kepimpinannya, mendiang dikenali sebagai tokoh yang merendah diri dan dekat dengan rakyat.
Pengebumian Pope Francis merupakan antara perhimpunan pemimpin dunia terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Seramai 130 delegasi, termasuk presiden dan raja-raja pemerintah, hadir dalam upacara tersebut termasuk Putera Britain, Putera William; Presiden Argentina, Javier Milei; Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen;
Sementara itu, orang ramai yang hadir dilihat membawa sepanduk dan bunga sebagai tanda penghormatan terakhir, manakala loceng St. Peter dibunyikan secara tradisional bagi mengiringi persemadian itu.
Pope Francis disemadikan di Grottoes Vatican, bersebelahan makam beberapa pope terdahulu.
Pemergian mendiang menandakan berakhirnya satu era penting dalam sejarah Gereja Katolik moden, dengan jutaan penganut di seluruh dunia berkabung atas kehilangan besar ini. - Agensi
Topic Berkaitan
#Pope Francis
#Pope Francis meninggal dunia
#Vatican City
#Dataran St Peter
#Gereja Katolik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan