KUALA LUMPUR: Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Mengikut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Malaysia mencatatkan sejumlah RM152 bilion bagi pelaburan diluluskan untuk sektor pembuatan pada 2023 dengan RM46.1 bilion telah direalisasikan pada tahun lepas yang melibatkan 445 projek.
"Seiring usaha MITI dan agensi-agensi berkaitan di bawahnya seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang gigih mengatasi semua kekangan dalam tempoh satu setengah tahun lepas demi merealisasikan dan melaksanakan komitmen pelaburan dan eksport, kita telah menyaksikan semakin banyak syarikat yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan atau perkhidmatan serantau mereka.
"Ringkasnya, Malaysia menjadi permulaan bagi global. Ini bermakna Malaysia menjadi lokasi untuk membolehkan syarikat menempatkan hab serantau manakala syarikat tempatan pula dapat berkembang sebagai juara global," kata beliau ketika berucap pada majlis prapelancaran Makmal Visualisasi 3D dan Realiti Terimbuh Campuran Maya (VAMR) di sini, hari ini.
Pelancaran makmal 3D atau tiga dimensi itu adalah inisiatif diterajui oleh Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO Malaysia), di bawah Pusat Kecemerlangan Aeroangkasa Malaysia (MyAERO), dilakukan di luar acara Pameran Pertahanan Asia (DSA) 2024.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai pembekal nombor satu bagi tenaga kerja industri yang kompeten di Asia Tenggara dan mencapai pendapatan tahunan sebanyak RM55.2 bilion selain mewujudkan sebanyak 32,000 pekerjaan menjelang 2030.
"Selain itu, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 juga dapat menyuntik rangsangan seterusnya kepada rangka tindakan industri aeroangkasa itu dengan memastikan sokongan fiskal dan pembiayaan yang memadai bagi mewujudkan ekosistem lebih kukuh, sekali gus menyokong pembuatan produk aeroangkasa lebih kompleks dan meletakkan Malaysia sebagai hab perkhidmatan serantau untuk industri aeroangkasa, " kata beliau.
Pada 2023, Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM23.2 bilion merangkumi eksport bernilai RM6 bilion dan meraih perolehan sebanyak RM18.1 bilion dengan eksport utama dalam sektor aeroangkasa, termasuk bahagian pesawat, helikopter serta pesawat, kata Tengku Zafrul.
"Saya perlu memuji kalangan penggiat aeroangkasa yang banyak membantu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pembekal penting dalam rantaian bekalan komponen dan komponen aeroangkasa global. Ini merangkumi hampir 28,500 tenaga kerja mahir dan lebih daripada 250 syarikat yang bergiat aktif dalam ekosistem industri aeroangkasa Malaysia.
"Kita juga boleh berbangga dengan kejayaan untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada penggiat aeroangkasa global dalam tempoh dua tahun lepas yang mana pasukan di sini dan saya turut terlibat mengetuai beberapa rundingan dengan prospek baharu bagi industri aeroangkasa Malaysia," katanya.
Malah, sewaktu misi perdagangan MITI ke Jerman dan Perancis baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sehingga RM46 bilion daripada kumpulan seperti Airbus Group, Institut de Soudure Groupe (ISG) dan Simaero.
"Ini semua jelas memaparkan keyakinan penggiat ini terhadap keupayaan industri Malaysia serta komitmen kukuh kita dalam menyokong rantaian nilai aeroangkasan global. Keadaan sedemikian dapat mengukuhkan ekosistem dengan memastikan peningkatan produktiviti serta kecekapan pasaran tenaga kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Tengku Zafrul berkata Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai pembekal nombor satu bagi tenaga kerja industri yang kompeten di Asia Tenggara. - Gambar fail/Bernama
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Komuniti Madani sebagai medium menyalurkan maklumat yang sahih
1,878 komuniti Madani ditubuhkan untuk bantu salurkan mesej daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke peringkat akar umbi khususnya seperti isu 3R
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ketirisan diesel subsidi lebih RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Aktivis teater ASWARA Rosminah Tahir meninggal dunia
Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi telah mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.
Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar
Nilai perdagangan Malaysia direkodkan melepasi RM2 trilion selama tiga tahun berturut-turut dengan China terus menjadi rakan dagang terbesar negara.
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.
Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).