Skip to main content
Advertisement

Bisnes

Cuckoo Malaysia perkenal inovasi kediaman sihat

Lee Junho (tiga dari kiri) pada pelancaran koleksi hamper gaya hidup Tahun Baharu Cina (CNY) Cuckoo pada acara Cuckootopia 2026 yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lee Junho (tiga dari kiri) pada pelancaran koleksi hamper gaya hidup Tahun Baharu Cina (CNY) Cuckoo pada acara Cuckootopia 2026 yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Cuckoo Malaysia memperkenalkan pelbagai inovasi kediaman sihat dan melancarkan koleksi hamper gaya hidup sempena Tahun Baharu Cina (CNY) menerusi acara Cuckootopia 2026 yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Acara yang diadakan sempena ulang tahun ke-12 syarikat itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Duta Jenama Global Cuckoo, Lee Junho yang merasmikan pelancaran koleksi hamper berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, pelancaran hamper gaya hidup tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia bukan sahaja melalui produk kediaman, malah menerusi budaya pemberian hadiah yang lebih praktikal dan bermakna.

Menurutnya, sebagai peneraju dalam penyelesaian kediaman sihat, Cuckoo sentiasa mencari pendekatan baharu untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.

“Lifestyle Hamper kami menerapkan falsafah ini sempena Tahun Baharu Cina. Ia memberi nafas baharu kepada hamper tradisional dengan menterjemahkan harapan kesejahteraan hidup kepada sesuatu yang praktikal untuk digunakan dan dinikmati seisi keluarga sepanjang tahun,” katanya. 

Koleksi hamper berkenaan menggabungkan pelbagai produk berkaitan keperluan kediaman dan kesejahteraan hidup, sejajar dengan konsep hadiah yang menawarkan nilai penggunaan jangka panjang.

Selain pelancaran hamper, acara itu turut menjadi platform memperkenalkan dua produk terbaharu syarikat iaitu penapis air pembuat ais Cuckoo Granite dan mesin pencuci pinggan Cuckoo Qube.

Dalam masa sama, Cuckoo turut mengumumkan enam inovasi yang bakal diperkenalkan ke pasaran, termasuk penapis air Cuckoo Flo Max, kepala pancuran bertapis Cuckoo AquaAura, periuk tekanan CMC-BSN501, periuk serbaguna rendah gula CR-1060F, penapis air bebas tangki Cuckoo Petite serta stesen air mudah alih.

Acara pop-up selama empat hari itu mengangkat tema ulang tahun "Menghargai Setiap BFF" yang merujuk kepada Buddies, Friends dan Families, selain menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, pameran produk serta promosi eksklusif kepada pengunjung.

Sementara itu, kehadiran Lee Junho yang juga anggota kumpulan K-pop 2PM menjadi antara tarikan utama acara berkenaan apabila disambut ribuan peminat yang memenuhi pusat beli-belah tersebut.

Bintang dari Korea Selatan itu turut berkongsi pengalaman menikmati beberapa hidangan tempatan sepanjang berada di Malaysia, termasuk nasi lemak dan roti tisu yang disifatkannya sebagai antara makanan paling menarik pernah dicuba.

“Saya berpeluang mencuba nasi lemak dan roti tisu dan kedua-duanya rasa sangat sedap. Saya tidak tahu mengapa roti tisu dipanggil sebegitu, tetapi saiznya yang besar dan bentuknya yang tinggi benar-benar menarik perhatian saya.

“Saya juga mencuba roti itu dengan pistachio selain dengan susu dan semuanya sangat sedap,” katanya.

Junho turut melahirkan rasa gembira dapat kembali bertemu peminat di Malaysia serta menjayakan persembahan sempena konsert ulang tahun Cuckootopia yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Menurutnya, konsert tersebut memberikan pengalaman baharu kerana ia merupakan kali pertama beliau terlibat dengan acara berkenaan, sekali gus menjadi peluang untuk bertemu semula dengan peminat yang telah lama tidak ditemuinya.

Must Watch Video

Advertisement