awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak anggota KWSP memilih skim simpanan Shariah menjelang 2018

Bernama
Bernama
21/04/2017
00:56 MYT
Lebih banyak anggota KWSP memilih skim simpanan Shariah menjelang 2018
Shahril berkata selepas pendaftaran ditutup pada 23 Dis 2016, seramai 635,037 orang anggota telah menukar simpanan konvensional mereka kepada Simpanan Syariah. - Gambar fail
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan untuk melihat lebih ramai anggotanya memilih skim persaraan patuh Shariah mulai 2018 dan seterusnya.
Ini adalah disebabkan oleh dividen positif yang diumumkan untuk 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
"Kami berpendapat bahawa skim persaraan patuh Syariah ini iaitu Simpanan Shariah, dijangka menjadi penggerak yang penting kepada landskap kewangan Islam memandangkan ia mampu meningkatkan permintaan terhadap produk kewangan Islam.
"Selain itu, Simpanan Shariah menumpu kepada prinsip-prinsip dalam tanggungjawab pelaburan sosial, salah satu bidang yang telah mendapat momentum dalam dunia pelaburan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Laporan Tahunan 2016 kumpulan dana itu di sini pada Khamis.
Shahril berkata selepas pendaftaran ditutup pada 23 Dis 2016, seramai 635,037 orang anggota telah menukar simpanan konvensional mereka kepada Simpanan Shariah di mana sejumlah RM59.03 bilion telah diambil daripada peruntukan awal sebanyak RM100 bilion.
Beliau berkata dengan kira-kira 45 peratus daripada aset pelaburan adalah berlandaskan shariah, sebelum pengenalan skim itu, KWSP dijangka meningkatkan aset-aset terbabit secara purata sebanyak RM25 bilion setahun. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dividen
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#Shahril Ridza Ridzuan
#Simpanan Konvensional
#Simpanan Shariah
#skim persaraan patuh Shariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan