Lebih banyak negara-negara Komanwel terutama dari Afrika berminat melaksanakan Perkongsian Swasta Awam (PPP) yang dijalankan oleh Malaysia dalam usaha mempertingkat pembangunan prasarana di negara mereka.
Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Presiden Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) bagi penggal 2014-2015, kebanyakan mereka berminat dalam pembangunan prasarana, komponen penting dalam pembangunan ekonomi mereka.
"Mereka pada asasnya melihat pada infrastruktur, kebanyakan negara berminat dalam PPP sebagai kaedah mengurangkan perbelanjaan awam dengan menggalakkan lebih banyak penyertaan swasta. Banyak negara ini ada isu seperti pembangunan infrastruktur dan utiliti yang perlahan," katanya.
Beliau juga berkata bukan mudah untuk mengguna pakai model negara lain kerana mereka perlu meneliti situasi tempatan seperti keupayaan kewangan selain mempertimbang pandangan umum.
"Umumnya kita terbabit dengan banyak negara Afrika menerusi Sekretariat Komanwel, malah seorang daripada pakar perunding di Bank Dunia serta Sekretariat Komanwel ialah rakyat Malaysia," katanya.
Dalam konteks Malaysia, beliau berkata kerajaan tidak harus menanggung semua kerugian kerana PPP pada asasnya ialah berkongsi risiko.
Memandangkan Malaysia ekonomi yang matang dari sudut PPP, beliau berkata negara perlu meminimumkan risiko yang tidak harus ditanggung oleh kerajaan semata-mata.
"Justeru, pihak terbaik yang dapat menanggung semua risiko sudah tentulah sektor awam, risiko pembinaan bukan risiko kerajaan, ia harus jadi risiko sektor swasta, namun kami memastikan pada peringkat awal perjanjian dengan sesetengah daripada mereka, mungkin dalam pembinaan, jika mereka berdepan risiko kerajaan harus campur tangan dan membantu," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Ghana, Bridget Jubilee Katsriku berkata Malaysia mencatat kejayaan hebat dari segi transformasi pada 2014 berbanding 1998 ketika beliau tiba di Malaysia buat pertama kali.
"Saya rasa negara saya Ghana boleh belajar banyak daripada Malaysia terutama dalam PPP kerana kami dimaklumkan Malaysia berjaya berada di kedudukan sekarang menerusi PPP khususnya dari segi pembangunan prasarana," katanya.
Beliau berkata ini akan menjadi jalan bagi negara-negara lain untuk terus membangun terutama bagi negara-negara yang kerajaannya tidak mempunyai sumber untuk melaksanakan apa yang harus dilakukan dari segi pembangunan infrastruktur.
Mengenai pembangunan Ghana, beliau berkata negara itu pada masa ini dalam peringkat awal pelaksanaan PPP.
"Antara cabaran yang kami hadapi sekarang ialah masyarakat sivil tidak benarkan kerajaan menyertai perkongsian untuk sesetengah projek PPP," katanya.
Beliau juga menggesa usahawan atau pelabur Malaysia menjadi rakan kongsi kerajaan Ghana dalam mempromosikan PPP.
Kenya juga berharap untuk belajar dan bekerjasama dengan Malaysia dalam menjalankan projek PPP bagi meningkatkan pelaburan swasta untuk pembangunan infrastruktur dalam pelbagai sektor di negara itu.
Naib Presiden CAPAM yang baru dipilih, Prof Margaret Kobia berkata negaranya itu dalam peringkat membuat dasar dan undang-undang.
Kobia yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kenya, berkata adalah amat penting bagi negara lain mewujudkan PPP dan ini menuntut situasi menang-menang antara kerajaan dan swasta dalam menyediakan perkhidmatan.
"Saya faham PPP di Malaysia agak ke hadapan, malah CAPAM berkira-kira untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan PPP agar kami semua dapat belajar cara terbaik untuk PPP memberi nilai kepada perkhidmatan awam di negara-negara Komanwel," katanya.
Bekerja dengan sektor swasta menerusi PPP merupakan jalan yang betul untuk melangkah ke depan bagi negara-negara Komanwel, katanya kepada BERNAMA TV dalam temu bual eksklusif semasa persidangan dwitahunan CAPAM 2014 di sini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmiannya menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerja dengan CAPAM bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan PPP Komanwel.
Kenya mempunyai unit PPP di bawah Perbendaharaan Negara yang bertanggungjawab terhadap penyelarasan projek PPP.
Negara itu menyaksikan beberapa pembaharuan yang bertujuan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam projek prasarana awam. - Wan Nor Azura Mior Abdul Aziz
Bernama
Sun Oct 26 2014
ALI: Banyak negara ini ada isu seperti pembangunan infrastruktur dan utiliti yang perlahan.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika
Varian clade Ib menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi untuk merebak merentasi pelbagai lapisan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Thailand kesan mpox dari lelaki Eropah yang tiba dari Afrika
Lelaki itu telah menjalani ujian untuk menentukan sama ada kes itu adalah varian Clade 1 dengan keputusan dijangka dikeluarkan pada Jumaat.
EU hantar vaksin mpox ke Afrika
Kesatuan Eropah (EU) akan menghantar 175,420 dos vaksin kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (AfricaCDC) untuk mencegah mpox.
Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Cacar monyet: Jumlah kes di Perancis meningkat kepada 33 kes
Menurut Badan Kesihatan Awam Perancis (SPF), daripada jumlah itu 24 kes dikesan di wilayah Paris.
Bocor rahsia negara, bekas menteri, ketua polis Djibouti dijatuhi hukuman penjara
Mahkamah Djibouti menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang bekas menteri belanjawan dan bekas ketua polis kerana kesalahan membocorkan perbualan sulit.